Sunday, October 25, 2009

bab 31

“Mak..” Air mata yang merembes keluar tidak dipedulikan oleh Masliza lagi. Kegembiraan dan kesyukurannya memang tidak dapat dibendung. Puan Maziah tersenyum memandang anaknya.

Sudah lama.. sudah lama Maziah tidak menatap wajah ayu Masliza. Dia ingat.. dia ingat segala-galanya. Ingatannya masih segar lagi. Dia mula berasa serba-salah. Walaupun dia tidak pernah sedar selama sepuluh tahun, dia dapat merasai kedukaan Masliza. Dia yakin, Masliza sudah meninggalkan Taufiq. Dulu. “Mak..” Air mata yang merembes keluartidak dipedulikan oleh Masliza lagi. Kegembiraan dan kesyukurannya memang tidak dapat dibendung. Puan Maziah tersenyum memandang anaknya.

Sudah lama.. sudah lama Maziah tidak menatap wajah ayu Masliza. Dia ingat.. dia ingat segala-galanya. Ingatannya masih segar lagi. Dia mula berasa serba-salah. Walaupun dia tidak pernah sedar selama sepuluh tahun, dia dapat merasai kedukaan Masliza. Dia yakin, Masliza sudah meninggalkan Taufiq. Dulu.. dulu dia menyalahkan Masliza kerana dia berpendapat Masliza mengakibatkan kematian suami tercintanya. Kini.. setelah dia melawat ‘dunia baru’, dia pasrah. Dia redha.. Dia tahu, kematian suami tercintanya, Ismail, bukan merupakan tanggungjawab anaknya. Semuanya kerana takdir Tuhan. Air matanya mula mengalir.

“Mak.. kenapa mak menangis?? Mak.. jangan nangis, mak.. Liza sedih kalau mak nangis.. mak.. tolong..” Masliza menangis tersedu-sedan. Dia mengesat air mata yang mengalir di pipi Maziah yang berkedut itu.

“Liza.. mak..mak..” Hiba Maziah tidak dapat dibendung lagi. Dia mencapai tangan anaknya dan menciumnya. Ya ALLAH! Sudah begitu besar memanjang anakku.. Maziah berdesis perlahan.

“Mak.. mak rehat dulu ye.. doktor cakap mak kena jaga kesihatan baik-baik.. Liza.. Liza tak sanggup..tak sanggup hilang mak lagi..” Sesungguhnya, Masliza amat menyayangi maknya. Sudahlah sepuluh tahun yang lalu dia kehilangan ayahnya, kini, sepuluh tahun berlalu, Masliza tidak sanggup kehilangan ibunya lagi.. Tidak sanggup lagi..

“Tak.. Liza.. mak.. mak mintak maaf.. Taufiq..Taufiq..mana??” Masliza tersentak. Air matanya tidak jadi mongering. Mana tidaknya, tidak semena-mena, ibunya mengungkitkan pasal Taufiq pula. Hatinya terguris sebenarnya. Namun, dia cuba melindungi perasaannya dengan mempamerkan secalit senyuman hambar.

“Dah..dah putus..” Perlahan sahaja suara Masliza menjawab. Maziah mengeluh kehampaan.

“Kenapa tak.. tak cari Taufiq?” Masliza diam membisu. Cari? Bukannya dia tidak pernah. Tetapi tiada gunanya.. memang tidak berguna lagi..

XxxxXxxxXxxx

Telefon bimbit Faizul berdering. Faizul lantas mencapai telefon bimbitnya. Mukhriz! Talian pantas disambungkan.

“Helo, Faizul ke?”

“Ya.. bang Mukhriz, ada apa-apa yang berlaku??” Entah kenapa, jantungnya mula berdegup kencang. Nalurinya kuat mengatakan bahawa ada perkara yang buruk telah berlaku.

“Er.. sebenarnya, Azman Adam tu.. pengumpul maklumat awak untuk Kumpulan Sin Seng kan?” Faizul tersentak. Pantas dia mengiyakan.

“Er.. identitinya dah terdedah.. dia .. dia..” Mukhriz tidak sampai hati menyampaikan berita terkini itu kepada Faizul.

“Dia dah meninggal kan?” Sebenarnya, jika Mukhriz tidak menghabiskan kata-katanya, dia dapat mengagak apa yang telah berlaku sebenarnya.

“A’ah.. Tapi nasib baik dia tak ada keluarga..” Mukhriz mengeluh hampa.

“Ya.. tapi.. sayang jugak.. sebab Azman tu talented dalam hal macam ni.. entah kenapa la dia boleh meninggal.. sebab selama ni dia cukup bijak..” Kehairanan mula menyelubungi dirinya. Mukhriz turut mempersetujui pernyataan Faizul itu. Setelah berbincang tentangkegiatan kumpulan haram Sin Seng, talian diputuskan. Faizul tersandar lesu di atas tilam empuk yang disediakan di Hotel Sheraton itu. Mindanya ligat berputar.

‘Mungkinkah Ghazali yang membunuh Azman??” Persoalan yang cukup sensitif dan negatif ini mula menerjah minda Faizul.

XxxxXxxxXxxx

Lagu “You are Not Alone” oleh Michael Jackson berkumandang di udara. Asrul menjawab malas panggilan itu.

“Asrul.. tengah buat apa tu??” Suara Zulaikha menampar gegendang telinga Asrul.

“Erm.. kat ofis ni..” Sebenarnya, serba-salah juga Asrul. Kini, Asrul sedang bercinta dengan adik tiri Zulaikha yang amat-amat dibenci oleh Zulaikha. Jika Zulaikha mengetahui berita tersebut, entahlah apa yang bakal dilakukan oleh Zulaikha nanti. Bimbang juga dia jika Zuzita dimaki hamun oleh kakak tirinya itu.

“Oh.. boleh tak kita gi lunch??” Zulaikha mempelawa. Asrul lagilah serba-salah. Hari ini, dia mempunyai lunch date dengan Zuzita. Namun, apa kata Zulaikha nanti??

“Boleh tak, Asrul??” Zulaikha mengulangi pertanyaannya semula setelah tiada jawapan terpacul dari bibir Asrul.

“Er..” Teragak-agak juga Asrul. Dia harus membuat pilihan yang tepat dan cepat kini!! Tiba-tiba, pintunya diketuk. Zuzita yang tercegat di hadapannya mengunjukkan jam tangannya, tanda mengingatkan Asrul tentang lunch date mereka. Asrul tersenyum manis sambil mengangguk.

“Er.. Ika.. awak makan sendiri la.. saya sibuk la..” Asrul menolak pelawaan Zulaikha dengan lembut. Bimbang juga Asrul andai sahabatnya itu terguris perasaannya. Zuzita tersentak.

‘Ika? Kakak ke?” Cemburu mula mengulit hati Zuzita. Riak wajahnya mula bertukar menjadi masam.

Talian diputuskan. Asrul mengemaskan barangannya di atas meja.

“Jom!!” Kot yang tersidai di atas penyangkut pejabatnya itu lantas dicapai. Langkahnya terhenti seketika ketika matanya tercantap seraut wajah teman wanitanya yang monyok itu.

“Ala.. sayang, kenapa ni?” Asrul mengujar lembut.

“Tak de pa pe la..” Zuzita tersenyum hambar lalu berlalu dari situ. Asrul hanyalah terpinga-pinga sendirian.

‘Apa salah aku??’ Dia mencongak segala tindak-tanduknya tadi. Tiba-tiba, dahinya ditepuk!!!

“Perbualan dengan Ika rupa-rupanya..” Asrul sekadar menggeleng-gelengkan kepalanya.

‘Cemburu betul teman wanita aku..’ Asrul berdetik.

“Tapi, kata orang, cemburu tu maknanya sayang..” Senyuman lebar mula mengorak di bibir Asrul. Langkahnya dipercepat untuk menyaingi langkah teman wanitanya itu.

Friday, October 16, 2009

bab 30

Zuzita terpinga-pinga – hairan.

‘Mamat ni sewel ke?? Asyik-asyik senyum je… macam orang gila la..’ Kerutan di dahi Zuzita semakin jelas kesihatan. Asrul yang menyedarinya – senyuman yang semakin lebar mengorak di bibirnya.

“Er.. saya pergi dulu..” Zuzita memalingkan tubuhnya.

“Tunggu dulu!” Dua patah kata dari Asrul mematikan langkah Zuzita. Jantungnya berdegup kencang, matanya dipejam erat. Bimbang jika dia dimaki hamun oleh Asrul. Walaupun dia sudah menghantar surat peletakan jawatan, Asrul masih merupakan bosnya sekarang. Tambahan, sistem Syarikat Top Top – setiap pekerja mesti memberitahu pihak atasan mereka tentang hal peletakan jawatan mereka dua bulan lebih awal – tiada kebenaran akan diberi jika pekerja ingin meletakkan jawatan dengan segera.

“Zita.. awak tak bagi alasan pun dalam surat tu..” Penghawa dingin menegakkan bulu romanya.

“Er.. saya..” Sebelum Zuzita sempat menghabiskan kata-katanya…

“Sejak bila awak tak pandang orang semasa bercakap?” Asrul menyampuk dengan bertutur sinis. Terpaksalah Zuzita memalingkan tubuhnya bercakap dengan Asrul.

“Saya.. maafkan saya, Encik Asrul. Saya..” Sebak Zuzita tidak tertahan lagi. Air matanya mula menitis. Tergamam Asrul seketika. Ingin sahaja dia mengesat air mata Zuzita jika dia tidak mengenangkan bahawa mereka berada di pejabat sekarang.

Zuzita mengesat air matanya perlahan. Malu juga jika dia berterus-terusan menangis di hadapan Asrul.

“Tapi.. bukan ke Encik Asrul yang kata nak pecat saya sebab takut Zulaikha marah??” Sisa tangisan Zuzita belum reda. Asrul tersentak. Rasa serba-salah mula menyelubunginya.

“Awak.. awak curi dengar ke?” Asrul mula memprovok. Jika tidak, masakan Zuzita tahu, dan dia amat pasti Dato’ Ismail tidak akan memberitahu Zuzita tentang perkara yang disebutnya.

“Bukan curi dengar.. Cuma tak sengaja terdengar sahaja..” Zuzita menjelaskan, Asrul mengangguk perlahan.

“Jadi, kalau Encik Asrul nak ikut sistem syarikat, saya tak membantah. Saya akan pergi selepas dua bulan..” Zuzita tetap dengan keputusannya. Asrul menggoyang-goyangkan jari telunjuknya di hadapan Zuzita.

“Apa??” Zuzita tidak faham apa maksud isyarat yang ditayangkan oleh Asrul itu.

“Saya tak benarkan teman wanita saya tak nak kerja dengan saya..” Asrul tersenyum nakal. Zuzita tergamam. Namun, lamunannya mati.

“Er.. so??” Jantung Zuzita berdegup kencang.

“Zita.. saya.. saya suka awak! Jadi, saya nak awak kerja kat sini agar..agar saya dapat tengok awak tiap-tiap hari..” Teragak-agak juga Asrul meluahkan isi hatinya. Sebenarnya, dia tidak bercadang untuk berkelakuan sedemikian. Cuma, perkara ini berubah secara mendadak. Berdasarkan nalurinya, inilah caranya untuk menghalang peletakan jawatan Zuzita – gadis yang disenanginya kini.

Zuzita masih tergamam, terpaku di situ. Asrul tersenyum. Dia mencubit pipi Zuzita.

“Oucch!!” Zuzita meraba-raba pipinya yang kemerah-merahan itu natijah cubitan Asrul.

“Jadi.. sakit tu.. awak tak dreaming la.. boleh tak??” Asrul mengusik. Zuzita tersipu.

“Boleh apa??” Zuzita buat-buat bodoh.

“Awak tau sendiri la, sayang…” Zuzita tersenyum manis.

XxxxXxxxXxxx

Nabila termangu seketika. Sudah sebulan agaknya dia tidak bertemu dengan raja hatinya – Faizul. Semuanya gara-gara penjelasan Faizul tempoh hari. Kecurangan Faizul semasa bercinta dengannya memang tidak dapat diterimanya.

Selepas kejadian dia memutuskan hubungan dengan Faizul berlaku, Faizul memang menepati janjinya. Dia ingin memberi masa kepada Nabila untuk berfikir. Sebulan – memang panjang masanya untuk berfikir. Namun, sampai sekarang, Nabila masih belum membuat keputusan. Dia tidak ingin terburu-buru kerana hal percintaan melibatkan seluruh jangka hayatnya. Nabila mengeluh sendirian. Skrin telefon terpapar di hadapannya. Gambar Faizul yang ditangkap bersamanya dijadikan sebagai wallpaper telefon bimbitnya. Hal ini memang membelenggu fikirannya..

XxxxXxxxXxxx

Surat khabar Metro dibelek-belek oleh Masliza. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya sendirian.

“Tak bermoral langsung!” Terpacul tiga patah kata-kata ini dari bibir Masliza ketika dia terbaca berita tentang ‘urutan kasih’ yang disediakan di pusat urut dan salun. Masliza sedar, pada era globalisasi kini, perkara-perkara seperti ini memang sering terpampang di dada akhbar. Keruntuhan akhlak remaja dan gejala sosial yang sering terjadi memanglah merupakan natijah wujudnya pusat-pusat ini.

Telefon bimbit Masliza yang berdering mematikan lamunannya.

“Hello..” Masliza menjawab malas.

“Hello, Cik Masliza.. Puan Maziah sudah sedar..” Telefon bimbit terlepas daripada genggaman tangan Masliza. Air mata gembira Masliza mula mengalir. Dia memanjat kesyukuran yang tidak terhingga kerana saat ini memang dinantikan selama sepuluh tahun.

Friday, October 2, 2009

bab 29

“Duduklah, Dato’ Ismail..” pelawa Asrul. Dia turut berasa hairan apabila mengamati seraut wajah Dato’ Ismail yang pucat lesu itu.

“Terima kasih, Asrul..” Lemah sahaja suara Dato’ Ismail. Dia meninjau-ninjau ke luar pejabat.

‘Manalah tau kalau Zita ada..’ Dato’ Ismail mengeluh sendirian.

“Er.. Dato’.. Linda kata .. Zita tak sihat..” Dato’ Ismail tersentak.

‘Tak sihat? Sejak bila?? Atau…??’ Dato’ Ismail terkilan seketika. Seingat dia, suara Zita sangat sihat apabila menjawab panggilannya tadi. Mungkinkah sebab aku?? Itulah yang keadaan yang paling tidak diingini oleh Dato’ Ismail.

Asrul yang menyedari menung Dato’ Ismail itu berdehem beberapa kali. Dato’ Ismail tersentak.

“Oh.. er.. Asrul.. Zita mana??” soal Dato’ Ismail tanpa segan-silu. Asrul yang sedang menghirup kopi Ali CafĂ© itu tersedak.

“Er.. tak tau.. sebab Linda kan kata dia tak sihat..” Asrul bertambah pelik terhadap sikap Dato’ Ismail itu.

“Oh ya.. Asrul.. sebenarnya.. Zita tu…” Dato’ Ismail tidak jadi meneruskan kata-katanya.

“Zita apa??” Naluri ingin tahu mendesak Asrul.

“Haiz.. sampai ke tahap ni.. saya pun tak nak tipu awak, Asrul.. Se. Sebenarnya, Zi..Zita… anak saya..” Air kopi yang dihirup Asrul terhambur keluar dan memercik ke arah Dato’ Ismail. Dato’ Ismail terkejut. Asrul lantas mencapai tisu dan menolong Dato’ Ismail mengesat kesan air kopi pada baju kemejanya.

“Sorry, Dato’.. Saya.. saya tak sengaja..” Dato’ Ismail tersenyum hambar.

“Tak pe, Asrul. Saya pun tau.. awak terkejut kan.. tak pe la.. saya kesat sendiri..” Dato’ Ismail tidak menyalahkan Asrul kerana dia tahu bahawa hakikat tersebut tidak dapat diterima oleh Asrul.

“Er, Dato’.. maknanya.. Zita tu.. adik Ika ke??” Dato’ Ismail menjawab pertanyaan Asrul dengan anggukan kepalanya. Zulaikha serba-salah. Dia masih teringat aduan tentang Zuzita daripada Zulaikha. Rupa-rupanya, Zuzita yang merupakan setiausahanya, turut merupakan adik tiri Zulaikha, perempuan yang agak dibenci oleh Zulaikha.

“Dato’.. sebenarnya, Ika ada cakap dia tak suka adik dia.. tapi .. saya pun tak tau adik dia tu Zita rupanya..” Asrul berterus-terang tanpa menyedari kelibat seseorang di sebalik pintu. Di sebalik pintu, Zuzita mendengar setiap butir bicara antara ayahnya dan majikannya yang turut menjadi lelaki yang dicintainya.

“Dato’.. kalau boleh.. saya tak nak Zita kerja kat pejabat saya lagi.. kalau tak.. Ika marah..” Zuzita tersentak. Hatinya tercalar. Martabatnya jatuh. Air matanya merembes. Dia kesayuan, kesedihan, kekecewaan..

**

“Hi..” Anita menyapa Faizul terlebih dahulu. Faizul yang sedang menghirup air Cokenya tersedak. Dia tergamam. Kemudiannya, dia tersenyum.

“Hi.. nice to meet you..” Faizul membalas sapaan Anita. Anita tersenyum manis.

“Duduklah..” Faizul mempersilakan Anita duduk, penuh hormat. Anita lantas mengambil tempat duduk bertentangan dengan Faizul.

“Hmm… angin monsun apa yang tiup awak ke sini??” Anita menyoal. Faizul menjongketkan keningnya. Dia tersenyum.

“Awak… sedang sindir saya ke?” Faizul memprovok. Anita tersentap.

“Alah.. awak ni kan memang tak sporting betul lah..”

“Hmm… rasanya, angin monsun Anita kot..” Faizul cuba bergurau. Anita tertawa.

“Apalah.. angin monsun Anita pulak.. geografi pun tak belajar macam tu..” Faizul tersenyum lebar.

**

Pintu pejabat Asrul diketuk.

“Masuk!!” Zuzita melangkah masuk dan pintu pejabat terkatup.

“Oh.. Zita, kenapa lambat?” Asrul menyoal selaku seorang ketua. Dia berasa hairan juga kerana sebelum ini, Zita tak pernah lewat pun.

“Sorry, bos. Bos mesti rasa macam nak pecat saya kan?” Zuzita menyindir. Asrul tersentak.

“Ya ke?” Asrul menjawab soalan Zuzita tadi dengan soalan.

“Tapi, bos tak de peluang tu.. nah!” Zuzita menghulurkan sepucuk surat kepada majikannya. Asrul membuka sampul surat tersebut dan membacanya sekilas.

“Maknanya??” Asrul masih ingin menyoal walaupun dia memahami niat setiausahanya itu.

“Saya nak letak jawatan!” Suara Zuzita kedengaran tegas. Asrul menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum.

Saturday, September 12, 2009

bab 28

Peluh memercik di dahi Asrul. Cahaya matahari yang terik memancar Asrul.

‘Adoi!! Panas betul!!!!’ Ingin sahaja Asrul berlalu dari situ. Namun, dia terkenangkan rajuk Zulaikha yang belum reda itu. Justeru, dia membuat keputusan untuk menunggu Zulaikha di hadapan Ibu Pejabat Balai Polis Kontijen Pahang itu.

Sebenarnya, dia boleh menunggu Zulaikha di dalam ibu pejabat. Walau bagaimanapun, dia ingin menunjukkan keikhlasannya untuk memohon maaf daripada sahabatnya, Zulaikha.

Senyuman mengorak di bibir Asrul apabila dia ternampak kelibat Zulaikha keluar dari pejabat itu. Dia lantas meluru ke arah Zulaikha. Zulaikha tersentak. Dia sempat menangkap peluh yang memercik di seluruh badan Asrul.

Maklumlah, cuaca yang panas. Tambahan pula, Asrul mengenakan baju kemeja lengan panjang dan slack hitam hari ini.

“Ika.. sorry yek..” Asrul memujuk. Zulaikha tersenyum. Senyuman mengorak di bibir Asrul.

Zulaikha lantas menghulurkan sepeket tisu kepada Asrul. Asrul mencapainya.

“Terima kasih!” ujar Asrul.


“Hello, Zulkarnain Holdings!” Itulah yang biasanya diucap oleh Zuzita apabila dia menerima panggilan telefon.

“Hello, saya Dato’ Ismail..” Zuzita terpempan. Dia tahu siapa Dato’ Ismail.

‘Ayah ke??’ Ingin sahaja Zuzita mengutarakan isi hatinya. Namun, dia membantuti hasratnya itu.

“Hello, Asrul ada??” Dato’ Ismail bertanya apabila tiada suara yang menyahut di seberang talian.

“Er.. tak de.. Asrul.. er.. Tuan Asrul dah keluar..” Tergagap-gagap suara Zuzita menjawab pertanyaan ayahnya itu. Dato’ Ismail terpempan seketika.

“Zita…” ujar Dato’ Ismail perlahan namun sempat ditangkap oleh telinga Zuzita.

Zuzita cuba menahan sebaknya. Beberapa titis air mata gugur dari kelopak matanya.

“Zita ke tu??” Dato’ Ismail turut berasa sebak.

Mungkinkah Dato’ Ismail dan Zuzita berjodoh?

“Zita kerja kat office Asrul ke??” Dato’ Ismail terus bertanya. Talian telefon dimatikan oleh Zuzita. Dia tidak dapat menahan sebaknya lagi. Dia mencapai tas tangannya dan meluru ke arah tandas perempuan.

Beberapa staf Syarikat Top Top yang lain hairan melihat perbuatan Zuzita itu. Mereka saling berpandangan sambil menjongketkan bahu masing-masing.


Faizul menuju ke arah McDonald di KLCC. Perutnya yang lapar perlu diisi.

‘Ramainya..’desis Faizul. Dia masuk ke dalam barisan dan menunggu gilirannya. Dia sempat menoleh sekelilingnya. Dia tersentak.

‘Dia lagi?? Takkanlah berjodoh sangat??’ desis Faizul. Begitu juga perempuan tersebut.


Asrul memulas tombol pintu pejabatnya. Dia tersentak.

“Mana Zita??” Dia menoleh ke luar biliknya itu. Tiada kelibat Zuzita kelihatan. Kerisauan mula menyelubungi diri Asrul. Tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi.

“Hello, Asrul ni..” Asrul masih sedang mencari kelibat Zuzita.

“Asrul, saya Dato’ Ismail.. Zita ada??” Pertanyaan Dato’ Ismail itu ternyata memeranjatkan Asrul.

“Tak de.. saya pun tengah cari dia, Dato’. Dato’ cari dia untuk apa??” soal Asrul.

“Asrul, rasanya , saya perlu ke office awak sekarang!!” tegas Dato’ Ismail. Talian telefon dimatikan. Asrul tertanya-tanya.

“Kenapa pulak Dato’ Ismail cari Zita??” rungut Asrul sendirian.


Pintu bilik pejabat Asrul diketuk.

“Masuk!!” sahut Asrul. Roslinda tercegat di hadapannya.

“Ros, apa hal??” soal Asrul.

“Encik Asrul, Cik Zuzita memohon cuti hari ini..” Asrul terperanjat.

“Cuti? Kenapa pulak??” Roslinda serba-salah.

“Er.. dia cakap dia tak sihat.. tapi..” Roslinda tidak tahu patutkah dia menceritakan hakikat yang sebenar kepada bosnya.

“Tapi apa??” soal Asrul tidak sabar.

“Tapi rasanya bukan tak sihat. Dia menangis lepas terima satu panggilan. Pas tu dia gi toilet. Dia keluar dan kata dia tak sihat..” Roslinda menceritakan perihal yang sebenar kepada Asrul.

‘Lepas terima satu panggilan?? Boy friend ke??’ Cemburu mula melanda diri Asrul.

Sunday, September 6, 2009

bab 27

Faizul tersentak. Dia sempat menangkap kelibat anak Tan Sri Iqbal, Anita.

‘Cantiknya Anita…’ gumam Faizul perlahan. Tidak dinafikan, paras rupa Anita memang mampu mengalahkan paras rupa Anita bila-bila masa sahaja. Lebih-lebih lagi, rambut Anita yang serba hitam dan panjang melurus itu dilepaskan bebas hari ini. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa menyerlahkan kemanisan wajah Anita dan rambutnya. Faizul terpempan seketika.

Anita merasakan seseorang sedang mengamati wajahnya. Dia menoleh ke arah itu. Dia tersentak.

‘Faizul??’ Anita hairan. Tidak perlukah pegawai itu bekerja di Ibu Pejabat Polis Kontijen Pahang?

Faizul melemparkan senyuman ke arah Anita. Dengan teragak-agak, Anita membalas senyuman tersebut.

Anita lantas berlalu dari situ. Dia menuju ke pintu utama KLCC.

“Hmm.. Zita, best jugak ye kopi awak..” Asrul memuji ikhlas. Zuzita sekadar tersenyum. Tiada bicara. Dia meneruskan laporannya tadi.

Asrul agak tertarik dengan setiausahanya yang baru ini. Bukan sahaja dari segi paras rupa, budi pekerti Zuzita yang mulia juga telah menambat hatinya itu.

Deringan telefon menyentakkan lamunan Asrul sekali gus menarik perhatian Zuzita yang sedang ‘bercinta’ dengan laporannya itu.

“Hello Asrul.. boleh tak makan lunch sekarang??” pelawa Zulaikha. Asrul tersenyum. Zuzita tertanya-tanya.

‘Dengan kekasih ke?’ Zuzita mula diserang perasaan cemburu.

“Amboi Ika.. main serang je.. Tak bagi salam ke??” sindir Asrul. Zulaikha terdiam. Kononnya merajuk. Asrul serba salah.

“Ika.. sorry. I don’t mean it..” Asrul memujuk. Zulaikha cuba menahan tawanya. Dia sengaja mempermainkan Asrul.

“Bye la..” Serius sahaja suara Zulaikha. Talian telefon sengaja dimatikan. Asrul terpempan.

‘Takkanlah merajuk sampai macam ni kot??’ desis hati Asrul.

“Hello.. Ika..” Tiada balasan. Zuzita meneruskan kerjanya yang terbelangkai tanpa menghiraukan gelodak jiwanya itu.

Dengan mengeluh hampa, Asrul turut mematikan talian telefon bimbitnya. Zuzita menolehnya sekilas.

“Kenapa??” tanya Asrul yang menyedari gelagat Zuzita. Pasti setiausahanya tertanya-tanya.

“Tak de apa-apa..” Zuzita sekadar menenangkan Asrul. Dia tidak ingin menyerabutkan otak Asrul lagi.

‘Cukuplah masalah yang menimpa bosnya itu akibat rajuk entah siapa-siapa itu’ detik Zuzita.

“Zita..” Asrul memanggil setiausahanya.

Dengan mempamerkan senyuman yang manis, Zuzita bertanya, “Apa, Asrul??” Sejak ditegur oleh bosnya hari itu, dia menggunakan panggilan ‘asrul’ untuk memanggil bosnya. Tiada perkataan ‘tuan’ mahupun ‘encik’ yang keluar dari bibirnya.

“Apa bunga yang perempuan biasanya suka?” Zuzita tersentak.

‘Dia nak bagi aku bunga ke? Isyhh!! Aku ni.. Memang syok sendiri je..’ Zuzita mengeluh. Asrul hairan.

‘Nape pulak dia ni mengeluh? Cemburu ke?’ detik Asrul sendirian.

Setelah menyedari renungan bosnya itu, Zuzita tersengih-sengih. Kononnya untuk menutup keterlanjurannya tadi.

“Er.. tak sama la..” Zuzita menjawab.

“Har? Apa tak sama?” Asrul tidak faham.

“Oh.. Asrul.. maksud saya, taste setiap orang tak sama.. Takkanlah girlfriend Asrul tu sama taste ngan saya kot..” Suara Zuzita berbaur cemburu. Asrul mengangkat keningnya.

‘Sahlah ni.. Bukan aku yang syok sendiri mahupun perasan. Kenapa cemburu?’ Ingin sahaja Asrul melontarkan pertanyaan itu kepada setiausahanya. Namun, dia membantutkan hasratnya tatkala terkenangkan ‘mood’ setiausahanya yang tidak berapa baik hari ini.

“Hmm.. macam tu kalau awak, awak suka bunga apa?” Asrul sengaja menduga.

‘Alahai.. bos.. janganlah buat aku ni perasan. Aku tak nak derita lagi!!!’ adu Zuzita sendirian.

“Zita.. awak termenung ke??” Zuzita tersentak. Dia pantas menggelengkan kepalanya. Asrul tersenyum.

“Awak suka bunga apa?” Asrul mengulangi soalannya tadi.

“Er.. saya tak suka bunga..” Zuzita sengaja berkata begitu. Hakikatnya, dia menyukai bunga lavender. Namun, dia tidak memberitahu bosnya kerana bimbang ditertawakan oleh bosnya.

‘Maklumlah, bunga lavender kan jarang-jarang jumpa kat Malaysia..’ Zuzita tersenyum hambar.

Ada ke perempuan tak suka bunga?’ detik hati Asrul sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

Zulaikha memandang skrin telefon bimbitnya. Hatinya resah-gelisah.

‘Takkanlah Asrul tak nak pujuk aku??’ Zulaikha berteka-teki. Dia lantas mematikan telefon bimbitnya.

‘Biarlah.. kali ini.. aku benar-benar merajuk!! Ada ke macam tu.. langsung tak pujuk orang. Aku bersandiwara teruk sangat ke??’ Zulaikha tidak puas hati. Dia hairan. Berdasarkan sikap Asrul, pasti berpuluh-puluh missed calls dan sms telah dihantar kepadanya jika dia merajuk.

Zulaikha mengeluh hampa. Akhir-akhir ini, dia hampir melupakan Faizul, jejaka yang pernah menyebabkannya hilang arah dan kemaruk cinta.

Namun, dia kini sudah terpaut pada jejaka berhati mulia, Asrul. Dia tidak kisah walaupun Asrul pernah bercinta dengan musuh cintanya, Nabila. Yang dia pasti, dia sudah menyukai dan menyenangi jejaka yang bernama Asrul.

Setiap kali dia dilanda kemelut, Asrul pasti memujuknya dan menasihatinya agar menyelesaikan masalah tersebut dengan cara yang baik.

‘Asrul oh Asrul, tahukah kau tentang lara yang melanda jiwaku??’ Zulaikha berkata-kata sendirian..

Saturday, September 5, 2009

Kasih yang Terpahat di Hati ~ bab 26

“Abang.. ni setiausaha baru bang..” ujar Zulkarnain. Asrul mendongak. Kerja-kerja yang dibuatnya sebentar tadi terbelangkai seketika.

Zuzita tersenyum.

‘Kacak jugak boss aku nih!!’ Sambil itu, Zuzita sempat bermonolog sendirian.

“Ok.. Zul leh keluar..” Sejurus itu, kelibat Zulkarnain terus hilang di sebalik pintu. Pintu terkatup rapat.

Zuzita menoleh sekeliling.

‘Besarnya bilik ni..’ desis hati Zuzita.

“Cik.. apa nama awak?” soal Asrul cukup berkarisma.

“Oh.. saya Cik Zuzita,” Asrul mengangguk-angguk sambil tersenyum.

“Tempat duduk Zita kat sana..” Asrul mengunjuk ke arah sebuah meja yang terletak di koridor biliknya. Zuzita menoleh.

‘Apa? Dalam bilik yang sama ngan dia?? Takkan lah kot.. Macam ni pasti aku tak dapat tumpukan perhatian..’ detik Zuzita.

“Zita.. ada masalah ke?” Asrul sempat membaca gerak hati setiausaha barunya itu.

Zuzita lantas menggeleng sambil tersenyum hambar.

“Er.. tuan, apa tugas saya hari ini?” soal Zuzita menjurus kepada hal kerjaya.

“Oh.. tolong arrange appoinments saya hari ini.. dan buatkan kopi untuk saya, boleh?” Asrul sengaja menduga. Padahal, perkataan ‘tidak boleh’ tidak harus keluar dari mulut setiausahanya itu.

“Pasti boleh, tuan..” Senyuman meleret di bibir Zuzita.

“Janganlah panggil saya tuan.. Nanti janggal pulak kan.. Lagipun kalau awak panggil saya tuan, macam saya ni tua sangat..” Asrul berseloroh. Zuzita tersenyum sambil mempamerkan sebaris gigi yang memutih.

“Nabila.. sebenarnya.. saya.. maafkan saya..” Faizul tergagap-gagap. Dia ingin menceritakan hakikat yang sebenar kepada Nabila. Dia nekad, jika dia ingin mencintai Nabila sepenuh hati, dia tidak harus menyimpan sebarang rahsia daripada pengetahuan Nabila.

“Apa, Zul?” Nabila hairan. Selama ini, Faizul tidak pernah berkelakuan sedemikian.

‘Apakah dia sudah SB balik?’ Nabila ketawa.

“Sebenarnya, masa I terima u balik, saya sedang.. bercinta dengan Ika..” Akhirnya, terluah juga apa yang terbuku dalam hati Faizul selama ini. Nabila terpempan. Namun, dia sempat mengukir senyuman.

“Zul.. janganlah gurau.. serius sikit, okay?” Nabila cuba menafikan gelodak jiwanya.

“Tak.. Nab.. saya.. memang jahat. Tapi, masa tu.. saya memang terima Ika untuk sakitkan hati awak tapi tak sangka..”

Sebelum Faizul menghabiskan kata-katanya, Nabila menyampuk, “Tapi, awak suka dia kan?!” Nabila cuba mengawal nada suaranya itu.

Faizul tunduk sambil mengeluh.

“Nab.. saya.. tapi sekarang dia dah putus dengan saya.. Jadi boleh tak awak maafkan saya?” soal Faizul cuba memohon simpati. Nabila mengeluh. Perlukah Faizul diberi peluang sedangkan ini bukan kali pertama hatinya dirobek dan dicalar sedalam ini?

“Nab…” Faizul tidak putus asa memujuk.

“Sudah.. Zul. Saya akan fikir tentangnya. Saya balik dulu. Bye.” Nabila berlalu tanpa menoleh. Faizul juga tidak mengejar Nabila.

‘Biarlah.. ini semua balasanku kerana mempermainkan perasaan dua insan yang tulus cintanya..’ Faizul sempat mengutuk perbuatannya itu lalu mendongak memandang langit yang kebiru-biruan. Setitis air mata gugur dari kelopak matanya. Dia memejam matanya, erat.

Bangunan Menara Berkembar Petronas tersergam indah. Itulah yang menjadi kebanggan negara Malaysia. Ribuan terima kasih telah diucapkan kepada tuan ilhamnya, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Faizul mengeluh hampa. Dia telah memohon cuti selama tiga hari. Dia ingin membawa dirinya dengan hatinya yang kian lara. Biarlah takdir-Nya yang menentukan segala-galanya kini. Tiba-tiba, Faizul teringatkan Ghazali.

‘Di manakah agaknya Ghazali sekarang? Betulkah dia pembelot sekarang? Atau..?’ Pelbagai masalah datang menerpa Faizul. Otaknya kian berserabut sekarang. Dia mengimbau kembali perbualannya dengan Tuan Amirul beberapa minggu yang lalu.

“Faizul.. saya rasa kes Ghazali tu.. serah kepada Mukhriz..” tegas Tuan Amirul. Faizul terpempan. Adakah Tuan Amirul, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Malaysia itu sedang meragui kebolehannya dalam menyiasat kes ini? Atau Tuan Amirul bimbang kebolehannya akan terjejas dek persahabatannya dengan Ghazali?

“Tuan.. saya..” Faizul tidak tahu bagaimanakah caranya untuk membidas keputusan Tuan Amirul itu.

“Faizul, saya bukannya mengesyaki apa-apa. Cuma Mukhriz tu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu. Kumpulan Sin Seng ni sekarang kian berleluasa kat Terengganu. Jadi, saya pun buat keputusan macam ni. Saya harap Faizul tak kecil hati..” ujar Tuan Amirul penuh berhati-hati. Bagai menarik rambut di dalam tepung. Dia tidak mahu salah faham akan timbul antaranya dengan orang bawahannya terutama pegawai yang berkaliber seperti Faizul.

“Oh.. tuan jangan risau. Saya tak berkecil hati langsung. Saya tak kisah. Lagipun baru-baru ni ada satu kes rompak. Pun belum selesai lagi. Jadi, ringanlah beban saya..” Faizul tersenyum ikhlas. Hakikatnya, dia langsung tidak kisah. Jika Tuan Amirul mengesyaki kebolehannya, dia pun boleh menerimanya. Masakan tidak? Ghazali ialah kawan baiknya. Rakan seperjuangan.

Faizul sempat memanjatkan kesyukuran kepada Allah. Sekurang-kurangnya, dia tidak perlulah menyaratkan otaknya dengan kes Ghazali itu. Biarlah.

‘Argh!! Aku nih macam putus asa je..’ Faizul bermonolog. Baru-baru ini, dia sering ditimpa masalah cinta. Walau bagaimanapun, dia berjanji akan setia terhadap Nabila tidak kira apa-apa yang berlaku.

Anita mengeluh sendirian. Dia sudah puas menangis. Saban hari, dia menangis tatkala terkenangkan perpisahan yang telah diwujudkan oleh Amir a.k.a. Aiman alias lelaki bertopeng monyet yang menyelamatkan nyawanya beberapa bulan yang lalu.

“Anita.. a..awak suka saya ke?” Amir memprovok. Dia kelihatan segak memakai pakaian seragam doktor yang memutih.

Anita tertunduk, malu. Dia tidak mengiyakan mahupun menafikan kenyataan itu.

“Anita.. saya tak layak untuk awak..” Perlahan sahaja suara Amir itu namun ia cukup tajam untuk menghiris, mencalar dan merobek hati Anita yang tulus dan suci itu. Beberapa butir manik jernih jatuh dari kolam air matanya. Dia cuba menahan sebaknya. Amir sedar, dia telah mencalar hati Anita. Namun, dia lebih rela Anita tidak dilukai dengan lebih mendalam pada hari yang akan datang.

Tanpa mengeluarkan suaranya, Anita lantas berlalu dari situ. Sebak yang ‘terkurung’ dalam jiwanya terhambur. Tangisannya semakin kuat.

Anita lantas meminta izin kedua-dua orang tuanya untuk bersiar-siar di ibu negeri Malaysia ini. Walaupun penuh sesak dengan pelbagai pusat hiburan dan kenderaan yang melepaskan asap lantas mencemarkan alam sekitar, hatinya akan menjadi sejuk tatkala ternampak bangunan kebanggan Malaysia ini. Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur yang tersergam indah di tengah-tengah kota metropolitan itu..

25

“Apa khabar awak?” tanya wanita yang berumur 40-an itu.

“Okey.. Macam mana dengan Zita?” soal Dato’ Ismail.

“Zita okay. Cuma dia kekurangan kasih sayang seorang ayah aje..” sindir wanita itu.

“Zah.. janganlah macam ini..” sayu sahaja suara Dato’ Ismail. Zizah merupakan wanita kedua yang berjaya menakluk hati Dato’ Ismail selepas Dato’ Ismail berkahwin dengan Datin Nairul. Bukan itu sahaja, mereka turut mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Zuzita. Maknanya, Zuzita merupakan adik kepada Zulaikha.

“Awak nie.. sekarang ada girlfriend baru kan.. apa tu? Setiausaha awak kan.. kalau tak silap saya, nama dia tu mimi.. tapi.. nairul sanggup ke bermadu?” Zizah tidak habis-habis menyindir lelaki yang berada di hadapannya.

Dato’ Ismail mengeluh hampa.

“Dia.. dah tinggalkan saya…” Minggu lepas, Zizah pernah datang ke pejabatnya dan ternampak aksi mesranya dengan Mimi lalu menjerit. Selepas Zizah pergi, Mimi menyoalnya bertalu-talu. Mimi mendakwa bahawa dia menjalinkan hubungan dengan Zizah dan tidak mencintainya lagi.

Dato’ Ismail tidak puas hati. Takkanlah Mimi tak boleh buat perbezaan.

‘Dari segi rupa dan potongan badan, Zizah tu dah out standard..’ desis Dato’ Ismail sendirian.

“Boleh ke saya jumpa Zita?” Dato’ Ismail cuba memujuk Zizah bagi mendapatkan kebenaran untuk berjumpa dengan anak perempuannya itu. Zizah mencebik.

“Dia tak nak jumpa awak..” Sememangnya, Zuzita enggan berjumpa dengan Dato’ Ismail. Dia benci dengan sikap ayahnya yang tidak bertanggungjawab itu.

“Tapi. Zah.. awak cuba lah pujuk dia.. Nanti mungkin dia akan setuju…” Dato’ Ismail enggan berputus asa.

“Jangan haraplah!!!” herdik Zizah lalu berlalu dari situ.

Zuzita termenung di jendela tingkap. Keratan surat khabar dipaut erat. Dia mendongak ke arah langit. Dia memandang kosong. Pemintaan ibunya tadi dipertimbangkan. Ayahnya ingin berjumpa dengannya? Zuzita mengeluh.

‘Macam mana ni? Nak or tak nak!!’ detik Zuzita sendirian.

‘Arghh!! Tidur je lah.. Esok nak gi interview kat syarikat top top pulak..’ bentak Zuzita.

“Saya memerlukan seorang setiausaha dan pembantu peribadi yang berkaliber. Tugas seorang setiausaha memang senang. Tapi, tugas setiausaha Asrul barulah susah. Adakah anda yakin bahawa anda dapat membantu saya dalam bisnes Syarikat Top Top. Selain itu, anda juga harus bersedia untuk bekerja lebih masa. Adakah anda mampu?” Tampaknya, itulah yang disoal oleh Asrul kepada setiap calon yang memohon untuk menjadi setiausahanya.

“Ya, tuan. Tuan, jangan risau. Saya akan bantu tuan sekiranya tuan memerlukan bantuan saya. I will try my best too!” Dengan yakinnya, Zuzita membidas soalan Asrul dan sekali gus menghapuskan segala keraguan yang terbit di lubuk hati Asrul. Sebentar tadi, semua calon telah menampakkan keraguan yang terbit dalam diri masing-masing.

“Baik.. I accept your request. Kamu boleh mula bekerja esok. Gaji awak sebulan ialah RM 4000. Ingat, awak memikul dua tugas iaitu sebagai seorang setiausaha dan pembantu peribadi.” Terang Asrul panjang lebar.

“Baik, tuan!!” ucap Zuzita lalu keluar dari bilik itu.

‘Apa-apa je lah. Asalkan boleh ringankan beban mak!’ detik hati Zuzita sambil berlalu dari situ dengan menggantung sebuah senyuman di bibirnya.

Faizul buntu. Antara Nabila dan Zulaikha, siapa yang dicintainya? Dia akui , dia memang playboy dan buaya darat. Mana tidaknya, mempermainkan perasaan dua orang gadis. Baginya, Nabila dan Zulaikha mempunyai kelebihan dan kekurangan diri sendiri.

Deringan telefon mematikan lamunan Faizul.

“Ika..” sahut Faizul.

“Zul, kita putus aje..” Riak wajah Faizul berubah.

“Apa?? Kenapa nak putus.. ika.. saya..”

“Jangan pujuk saya. Saya yang nampak awak sendiri bermesra ngan Nabila..” bentak Zulaikha. Talian telefon dimatikan.

Faizul terkedu.

Dia tersandar lesu, mengeluh hampa.

‘Biarlah.. aku ada Nab lagi..’ Faizul cuba memujuk dirinya yang serba ‘kehilangan’ itu.

Zulaikha terkejut. Habis seluruh rumah berselerak.

“Ibu!!!” laung Zulaikha. Tiba-tiba, dia mendengar suara tangisan. Dia berlari ke arah bilik ibunya. Ibunya sedang berteleku di atas lantai. Zulaikha hairan.

“Ibu.. nape ni??” soal Zulaikha.

“Ika……” tangisi Datin Nairul lalu memeluk erat Zulaikha. Zulaikha yang terkebil-kebil itu hanya akur.

“Itulah ceritanya.. Bapa awak tu memang jahat betul!!!” Tangisan Datin Nairul belum reda lagi. Zulaikha mengeluh hampa. Dia tidak menyangka bahawa ayahnya benar-benar menjalinkan hubungan istimewa dengan perempuan lain selain ibunya.

“Pas tu.. ada seorang anak lagi.. namanya Zuzita..” Zulaikha terpempan. Anak?

‘Oh Tuhan! Janganlah Kau permainkanku!!!’ Zulaikha menangis dalam hatinya.

“Ika.. Ika kena..kena lindungi mak.. Mak tak.. tak sanggup……” Zulaikha memeluk ibunya. Erat.

“Ayah.. kenapa ayah mesti buat ibu macam ni!!!!!” Suara Zulaikha meninggi.

“Ika.. sejak bila kurang ajar ni??” herdik Dato’ Ismail.

“Ayah.. saya bukan kurang ajar. Tapi ayah.. ayah curang!!!!” bentak Zulaikha kuat.

“Ya.. ayah curang. Tapi, ayah cintakan Zizah sebelum cintakan ibu awak!!” Dua beranak ini saling melawan.

“Apa?? Macam tu kenapa kahwin dengan bu!!” Zulaikha mencebik.

‘Dasar lelaki.. Memang FFL betul lah!!’ bentak Zulaikha di dalam hatinya.

“Muktamad!! Harta ayah pun kena bagi kat Zizah dan Zuzita!!” Dato’ Ismail nekad. Dia hanya mampu memberi itu sahaja. Dia tahu, hutangnya dengan Zizah dan Zuzita tidak dapat dilangsaikan selama-lamanya. Biarlah, mereka menikmati sedikit kesenangan.

Zulaikha berlalu dari situ sambil mencebik. Pintu dihempas kuat. Dato’ Ismail tersentak. Sejurus itu, dia menggeleng-gelengkan kepalanya sambil mengeluh.

“Zulaikha.. sejak bila kau nak jadi macam Zuzita??” rungut Dato’ Ismail.

Dia amat menyenangi Zuzita, anak keduanya. Walaupun Zuzita tidak pernah merasakan limpahan kasih sayang seorang ayah, anak itu tetap dididik dengan adab yang sopan. Senyuman mula menghiasi bibir Dato’ Ismail.

“Helo..” sapa Asrul.

“Asrul.. saya..” Kedengaran Zulaikha sedang menangis.

“Ika.. kenapa nih?” soal Asrul lembut.

“Saya dah putus ngan Faizul. Tapi… ayah..”

“Ika.. stop it. Jangan menangis!!” bentak Asrul. Serta-merta, tangisan Zulaikha berhenti. Dia tersentak.

‘Asrul membentak??’ detik Zulaikha sendirian.

“Ika.. maafkan saya.Kalau saya tak membentak, awak takkan berhenti menangis kan. Nanti tak pasal-pasal awak jadi budak tiga tahun pulak..” Asrul cuba berseloroh. Zulaikha tertawa kecil.

“Ayah awak apa hal?” Wajah Zulaikha bertukar menjadi muram.

“Ayah ada isteri kedua… Dan saya ada adik yang berlainan ibu..” Sayu sahaja suara Zulaikha. Asrul tersentak.

‘Dato’ Ismail ada isteri kedua?? Takkanlah kot…’ desis hati Asrul.

Wednesday, August 26, 2009

bab 24

Hati Zulaikha diserang api cemburu yang membara. Semalam, taring Faizul sudah dilihat. Rupa-rupanya, Faizul masih belum memutuskan kasihnya dengan Nabila. Rupa-rupanya, segala ‘kasih dan cinta’ yang kononnya dicurahkan oleh Faizul terhadapnya palsu belaka. Namun, hatinya berdetik. Apakah matlamat Faizul mendampinginya? Adakah kerana hartanya? Atau Faizul sememangnya mencintainya?

‘Argh!! Karut!! Jika Faizul mencintainya, mustahil Faizul akan berasmada dengan Nabila lagi!! Argh!! Apa nih???’ Pening kepala Zulaikha dibuatnya.

Deringan telefon Zulaikha menangguhkan ‘kepeningan’ kepalanya itu.

Faizul! Faizul yang menelefonnya. Zulaikha tidak menjawab panggilan itu. Dia berasa geli hati dan meluat apabila mengenangkan perbuatan Faizul dengan Nabila semalam!

Zulaikha lantas mematikan telefon bimbitnya itu.

Rasa resah-gelisah mula menyelubungi diri Faizul.

‘Mengapa Ika enggan menjawab panggilan? Sengaja matikan telefon bimbit pulak tu!’ Faizul mula risau akan Zulaikha.

‘Takkanlah Ika dah tau??? Oh NO!!!!!’ Faizul sungguh bimbang jika Zulaikha sudah tahu akan perbuatannya bersama-sama dengan Nabila semalam.

Faizul sedar, permainan ini harus ditamatkan. Dia harus membuat pilihan yang tepat. Antara Zulaikha dan Nabila. Siapa yang harus dipilih? Dia sendiri pun bingung.

“Apa hal awak nak jumpa saya?” tanya Asrul sambil menikmati aroma kopi Latte di Starbucks CafĂ©.

“Asrul.. saya sedih lah.. Tak sangka.. Memang tak sangka..” Zulaikha mengadu. Air matanya cuba ditahan. Asrul menyedarinya. Air mata. Betul! Air mata memang murah tatkala cinta dikaitkan.

“Kenapa?” Asrul bertanya. Padahal, Asrul dapat mengagak apa yang disedihkan oleh Zulaikha itu. Pasti berkaitan dengan Faizul.

“Faizul… Faizul dia..” Terketar-ketar suara Zulaikha. Asrul berasa serba-salah pula.

“Faizul dah putus dengan awak ke?” Asrul membuat serkap jarang.

Zulaikha pantas menggeleng. Jika Faizul putus dengannya, pasti dia akan gila bayang.

“Habis tu?” Kening Asrul terangkat. Dia sememangnya tidak memahami bicara hati gadis di hadapannya ini.

“Dia.. dia curang .. dengan.. dengan Nabila..” Tangisan Zulaikha kian menjadi.

Pernyataan Zulaikha itu menyentap jantung Asrul. Nabila? Oh tidak! Pemaisuri hatinya.

Asrul berterusan menghirup kopinya bagi menenangkan dirinya. Ya ke? Tapi menurut kata doktor, kopi akan membendung kesabaran seseorang. Macam bagi seseorang itu lebih excited. Bukan ke? Hahaha…

“Asrul… macam mana.. saya..” Zulaikha menjadi tidak tentu arah. Dia tidak tahu bagaimana dia harus berhadapan dengan situasi ini.

“Putus dengan dia je..” Dengan selamba, Asrul mengutarakan salah satu jalan penyelesaian masalah Zulaikha. Pernyataan Asrul itu membuntangkan mata Zulaikha. Putus? Tidak! Dia tidak pernah terfikir hendak putus dengan Faizul.

“Putus? Tak nak!!!” Zulaikha memprotes.

“Zulaikha, kalau awak tak nak putus, awak akan lebih merana.”

“Hah? Kenapa pulak?” Zulaikha hairan.

“Dia curang. Maknanya dia tidak setia kan?”

“Ya lah.. Ini saya tau.. Asrul O Asrul.. awak ingat saya nih budak tadika ke?” Zulaikha bergurau. Asrul tersenyum.

“Ya lah.. pas tu kalau awak putus ngan dia awak mungkin akan mempelajari bagaimana untuk mengharungi segala rintangan dan cabaran dunia cinta.” Terang Asrul panjang lebar.

Zulaikha terdiam seketika. ‘Betul jugak cakap mamat nih!’ Zulaikha berdetik.

“Well.. thanks Asrul.. Saya akan membuat keputusan sebaik-baiknya..” kata Zulaikha sambil tersenyum.

“Abang.. abang ada masalah ke?” tanya Datin Nairul penuh santun.

Dato’ Ismail sekadar menggeleng-gelengkan kepalanya. Datin Nairul kurang puas hati. Kebelakangan ini, Datin Nairul mendapati bahawa Dato’ Ismail kurang menumpukan perhatian terhadapnya.

“Kenapa awak tanya?” soal Dato’ Ismail. Pertanyaan Dato’ Ismail itu mengejutkan Datin Nairul.

“Apa nih? Takkanlah selaku isteri awak pun tak boleh bertanya??” suara Datin Nairul semakin meninggi. Dato’ Ismail yang menyedari keterlanjurannya itu serba salah.

“Nairul, sorry.. Kebelakangan ini saya memang.. memang tak dapat tumpukan perhatian sebab.. sebab..” Tergagap-gagap suara Dato’ Ismail.

“Sebab apa?” Datin Nairul tidak sabar-sabar hendak tahu.

“Tak de lah.. Nairul tidurlah..” Dato’ Ismail lantas mencapai selimut dan terus berbaring di atas katil empuknya.

Pintu pejabat Dato’ Ismail diketuk.

“Masuk!”

Asrul tercegat di hadapan Dato’ Ismail.

“Hi Asrul. Please have a sit.” Asrul tersenyum lalu duduk di hadapan Dato’ Ismail.

“Dato’ Ismail, apa hasrat Dato kali ini?” tanya Asrul.

“Bagus! Direct question. Not bad! Saya cuma nak ucapkan terima kasih kepada awak kerana telah membantu saya memulihkan kegawatan ekonomi syarikat saya. Saya… Asrul .. thank you very much!” Asrul tersenyum.

“No. Dato’ Ismail. Itulah yang sepatutnya dilakukan. Ahli perniagaan seharusnya saling membantu. Kan kita berdua sama bangsa?” Dato’ Ismail mengangguk-angguk sambil berdetik, ‘Bagus jugak kalau Asrul dapat jadi menantu saya!’

“Dato.. Dato..” Terhenti seketika lamunan Dato’ Ismail itu.

“Dato sedang fikirkan apa?” Dato’ Ismail menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Oh ya! Dato.. sekarang saya ada mesyuarat. Jadi, bolehkah saya minta diri dahulu?” Dato’ Ismail mengangguk senang. Setelah kelibat Asrul mula hilang dari mata Dato’ Ismail, senyumannya kian lebar! Dato’ Ismail mula memasang impian yang berkaitan dengan jodoh anak perempuannya, Zulaikha!

bab 23

Masliza menangis teresak-esak. Cintanya terhadap Taufiq masih kukuh. Tidak pernah luntur mahupun lusuh. Filem memorinya melayar menuju ke arah peristiwa sepuluh tahun yang lalu.

“Sayang… kita kahwin yek?” ujar Taufiq penuh romantis. Masliza tersipu-sipu malu.

“Alah.. abang ni kan.. Tak sabar yek. Kita ni baru lepas SPM lah.. Takkanlah nak kahwin kot..” ujar Masliza manja. Taufiq dan Masliza merupakan pasangan kekasih yang secocok di Sekolah Menengah Tanjong Malim itu.

“Alah.. lepas kahwin pun boleh belajar kan?” usik Taufiq. Wajah Masliza merona merah.

‘Isyhhh.. Taufiq ni kan mengada-ngada je..’ adu Masliza dalam hatinya.

“Boleh yek sayang?” Taufiq tidak habis mengusik gadis pujaannya. Masliza menjelirkan lidahnya lalu berlari meninggalkan Taufiq. Taufiq hanya menggeleng-gelengkan kepalanya lalu mengejar pemaisurinya itu.

“Melutut!!!” jerkah Ismail. Masliza menangis teresak-esak. Dia terpaksa melutut di hadapan ayahnya yang bengis itu.

“Siapa suruh awak bercinta hah???? Dah besar dah ke??!!!” raung Ismail lalu menampar pipi anaknya itu. Esakan Masliza semakin menjadi.

Maziah yang sedang menonton ‘drama percuma’ itu diam saja. Dia tidak berani untuk campur tangan dalam urusan suaminya. Lagipun anaknya memang bersalah. Suaminya, Ismail sudah memberi amaran seawal-awalnya kepada anak mereka agar tidak bercinta. Pada alam persekolahan, patutkah seorang anak gadis bercinta? Tidak bimbangkah perut mereka akan memboyot satu hari nanti sebelum melanjutkan pelajaran? Sebenarnya itulah yang dibimbangkan oleh Ismail dan isterinya, Maziah terhadap anak tunggal mereka, Masliza.

“Ayah, saya benar-benar cinta akan Taufiq!!” ujar Masliza masih dalam esakannya. Jantung Ismail berombak. Mukanya memerah. Apinya membara. Dia lantas berlari keluar dari rumah dan memecut laju.

“Abang..!!!” jerit Maziah.

“Mak…. Jangan pergi… Mak… bagi ayah bertenang dulu.” Esakan Masliza tidak pernah berhenti.

“Diam!!! Anak jahanam!!! Pergi mati!!!!!!” raung Maziah lalu berlari menuju ke arah bilik. Pintu bilik dihempas kuat.

‘Ya ALLAH Yang Maha Kuasa, tolonglah hamba-Mu yang kerdil ini!! Tolonglah!!!!!’ raung Masliza di dalam hatinya sambil menangis teresak-esak.

Pada keesokan harinya, Maziah dan Masliza dikejutkan dengan satu berita hangat. Kereta Ismail dibom!!!

Maziah dan Masliza meraung dan menangis akibat pemergian Ismail. Namun, mayat Ismail sudah hancur. Hanyalah tinggal abu.

“Anak jahanam!!!!!! Tengok!!! Sebab engkau!! Ayah kau tu mayat pun tak de!!!!!!!!!!” raung Maziah . Tiba-tiba Maziah diserang strok dan sawan. Dia pengsan.

“Mak!!!!” raung Masliza. Jiran-jiran memapah Maziah ke sebuah hospital kerajaan.

“Doktor, bagaimana keadaan mak saya??” tanya Masliza cemas.

“Maafkan kami. Dia terselamat namun dia berada dalam keadaan koma.”

Berita itu bagaikan halilintar yang membelah bumi kehidupan Masliza.

“Ibu!!!!!!”Raung Masliza lalu dia pun pengsan.

Kerana Taufiq, segala-galanya telah berubah. Sepuluh tahun berlalu. Ibunya masih belum sedar. Masih dalam keadaan koma. Dia pernah bertanya kepada dirinya. Adakah dia menyesal kerana menyintai Taufiq?

Ya dan tidak. Tidak kerana cinta Taufiq mengajarnya untuk mengharungi segala rintangan dan cabaran dunia cinta. Ya kerana kedua-dua insan yang selalu menantangnya bagaikan minyak yang penuh sudah ditimpa malapetaka. Seorang sudah dijemput Ilahi. Malah seorang hampir menemui ajal. Koma dan maut tiada bezanya.

Nabila menayangkan tubuhnya di hadapan cermin beberapa kali. Hari ini, Faizul mengajaknya untuk makan malam di sebuah hotel, Hotel Vistana. Dia berasa lega kerana Faizul tidak memarahinya bersama Taufiq.

Namun, Nabila hairan. Mengapa Faizul tidak marah? Adakah kerana Faizul sendiri berada bersama-sama perempuan lain? Pelbagai persoalan menerjah minda Nabila.

‘Argh.. mungkin Taufiq kawan baik dia kot.. Dah lepas tu lepas lah!’ detik hati Nabila.

Kereta Toyota Estima milik Faizul terpampang di hadapan Nabila. Nabila tersenyum.

“You are so beautiful today, my girl!” ujar Faizul romantis. Nabila mengenakan gaun berlengan pendek dan sendat mengikut potongan badannya.

“Ah..awak ni mengada-ngada je lah!” ujar Nabila tersipu-sipu malu.

“May I?” Faizul menghulurkan tangannya tanda mengajak Nabila untuk menari.

“Alah.. I don’t know how to dance..”

“Just hold on to me! Come!” Nabila mencapai tangan Faizul.

Alunan muzik mengharmonikan suasana. Nabila memeluk Faizul erat. Kakinya mengikut rentak muzik.

Faizul mencium dahi Nabila. Nabila tersenyum.

Seterusnya, mata. Hidung. Bibir.

Cantuman bibir Faizul dan Nabila kian erat. Pelukan kasih kian mekar. Masing-masing hanyut dalam dunia cinta. Tanpa menyedari sepasang mata sedang menangkap segala perbuatan dua insan ini.

bab 22

“Faizul.. awak masih ingat Kumpulan Sin Seng?” suara Tuan Amirul kedengaran serius.

Faizul terpempan. ‘Adess… macam mana aku boleh lupa ni?’ Faizul berasa serba salah.

“Faizul.. I am waiting…”

“Tuan, saya masih ingat. Tapi operasi kita hari tu gagal…”

“Faizul, saya bercadang untuk membuka fail kes itu semula!” cadangan Tuan Amirul mengejutkan Faizul.

“Er… tuan.. saya…” Faizul tidak berani untuk mengutarakan pendapatnya.

“Ya.. Faizul.. go ahead..”

“Tuan, bagaimana dengan Tuan Ghazali?” Suara Faizul bergetar. Tuan Amirul tersenyum.

“Faizul, sebab tulah saya selalu pesan pada anak buah saya agar jangan menuduh melulu… Saya belum cakap habis, awak dah cakap tentang Ghazali.. Tentu saya tak akan lupakan dia. Next time, don’t ack like a machine gun!” sindir Tuan Amirul.

Faizul tersenyum hambar. ‘Alah… dia pun macam machine gun jugak tapi sindiran dia agak tepat, kena pada batang hidung saya!’ gumam hati Faizul.

“Tuan, maafkan saya. Saya Cuma nak pastikan keadaan Tuan Ghazali. Maaf…” Faizul tertunduk.

Tuan Amirul memujuk, “Tak pe.. Lagipun that’s not your fault totally! Ghazali memang pembelot!” tegas Tuan Amirul. Faizul sekadar mengangguk. Realiti tidak dapat diubah. Realiti tetap reality.

“Faizul…”

“Hmmm..” sahut Faizul.

“Kalau awak bertemu dengan Ghazali di medan pertempuran, adakah awak akan memberkasnya?”

Faizul mengangguk engan penuh yakin. Tuan Amirul tersenyum.

“Faizul , kali ini bergantung pada awaklah. Want to have a tea?” Faizul mengangguk sambil melemparkan senyuman.

“Yak e?” Taufiq seperti tidak percaya akan penyataan yang dilemparkan oleh Nabila.

Nabila mengangguk yakin. Dia menoleh sekilas jam tangannya yang berjenama Padini Authentics.

“Eh, Taufiq… Saya kena blah dah nie..”

“Gi dating ke?” gurau Taufiq. Nabila mengangguk.

“Blah lah awak ni!” Taufiq seakan-akan merajuk dan marah. Nabila memuncungkan bibirnya lalu menjelirkan lidahnya.

“Eleh… merajuk kononnya…. Tak kuasa aku!”

“Eh.. apa pulak ni!! Awak yang nak tinggalkan saya.. Sekarang, awak nak merajuk lagi?” sindir Taufiq.

Nabila masih tidak menghiraukan Taufiq.

“Cik Nabila yang tersayang…” Nabila mula tersenyum.

Senyumannya mati apabila meja yang dihuni mereka ditumbuk. Jantung Taufiq dan Nabila masing-masing hampir tercabut. Mereka menoleh. Masing-masing terpempan

“Awak tak rindu saya ke?” tanya Masliza manja.

Taufiq tidak bereaksi. Jantungnya yang tercabut dai belum dicantum kembali.

‘Bagaimana agaknya keadaan Nabila sekarang?’ detik hati Taufiq.

“Fiq, jangan-jangan perempuan bersama awak tu makwe awak?”

“Kalau ya, kenapa? Kalau bukan mengapa pulak?” Taufiq berasa malas hendak menjawab soalan Masliza. Sebenarnya, Masliza ialah teman wanitanya sejak di bangku sekolah lagi. Tiba-tiba sahaja, Masliza meninggalkan Taufiq tanpa meninggalkan sebarang jejak.

Ombak deras menampar pasir putih. Samudera biru menyamankan udara. Nabila menangis teresak-esa.

“Apa penjelasan awak?” tanya Faizul. Yang peliknya, suara Faizul langsung tidak meninggi.

‘Mengapa? Adakah kerana perempuan itu?’ tangis Nabila di dasar lubuh hatinya.

Amir meraup mukanya. Anita dapat mengenalinya. Dialah pemuda berambut merah yang menyelamatkan Anita tempoh hari. Ingatannya terimbas kembali pada kejadian di hospital hari itu.

“Doktor.. awak… Aiman..” Air mata Anita menitis jua.

Amir terpempan.

“Anita… saya…”

“Aiman Amir ke? Aiman, saya rindukan awak!” sahut Anita lalu memeluk Amir erat. Amir tidak membantah. Sebaliknya, mengeratkan pelukan Anita.

“Argh!!!! Apa permainan ini??????” raung Amir.

Dato’ Ismail menelan sebiji pil tidur. Pening kepalanya tidak dapat diubati. Masalah demi masalah datang menimpa. Bagai sudah jatuh ditimpa tangga. Masalah kewangan syarikatnya masih tidak dapat diatasi. Bunyi ketukan pintu pejabatnya tidak dihiraukan. Pintu tiba-tiba sahaja dikuak. Mimi masuk dengan menatang secawan kopi panas.

“Dato…”

“Mimi.. dah banyak kali saya pesan.. jangan panggil saya Dato’ okay? Panggil je Is…” Dato’ Ismail tersenyum.

“Alah.. mengada-ada je awak ni… hehe…” Mimi ketawa manja.

Dato’ Ismail membawa Mimi ke dalam pelukannya. Mimi hangat dalam pelukan kasih sayang Dato’ Ismail.

Tiba-tiba, seorang wanita muncul di depan mereka. Dato’ Ismail menghentikan pelukannya. Mimi hairan.

“Is.. nape?” rengek Mimi manja. Wanita itu menjerit!!!!

bab 21

Fikiran Asrul menerawang jauh. Dia terimbas kembali perbualannya dengan Zulaikha sebentar tadi.

“Hi, awak Asrul kan?” tanya Zulaikha . Asrul mengangguk.

“Er.. saya nak mintak tolong awak!” Zulaikha meluahkan isi hatinya.

“Apa?”

“Awak.. kalau Dato’ Ismail suruh awak pinang saya, jangan tau! Sebab saya dah ada teman lelaki!”

Ketawa Asrul meledak. Zulaikha hairan.

“Kenapa awak ketawa??”

“Saya tak akan pinang awak! Sebab saya pun ada teman wanita Cuma…” Asrul tidak menghabiskan kata-katanya.

“Cuma apa?” Zulaikha sedar akan perubahan riak pada wajah Asrul.

“Tak de.. Cuma dah putus…” Muram saje suara Asrul kedengaran.

“Maafkan saya.. saya. Saya.. tak..” Zulaikha menjadi serba salah.

“Tak pe.. Zulaikha. I know it was not your fault!” Zulaikha terpempan. Lagak Asrul berbahasa Inggeris menggugat pautan hatinya pada Faizul.

“Boleh tahan yek awak speaking!” puji Zulaikha ikhlas. Asrul tersenyum hambar.

Asrul tersenyum lucu. Zulaikha Oh Zulaikha. Lurus bendul betul! Senyumannya mati tatkala dia terkanang akan Nabila. Asrul lantas mengeluarkan diarinya dan menulis sebuah sajak yang berbunyi:~

Nabila Oh Nabila

Kenapa kautinggalkanku?

Tidak tahukah kau..

Bahawasanya aku mencintaimu..

Sejak kau tinggalkanku..

Tidak pernah kubencimu..

Tidak pernah kulempar segala memori bersamamu..

Tidak pernah sekelumit rasa cinta dilontar dari sanubariku..

Nabila Oh Nabila..

Ku menyayangimu..

Ku merinduimu..

Ku mencintaimu.

Akan kupinta kehadiranmu..

Akan kudamba ketampilanmu..

Cintaku tidak akan mat..

Tidak akan lesap ditelan zaman..

Cintaku tiada tarikh luput..

Nabila Oh Nabila..

Janganlah musnahkan harapanku..

Sesungguhnya,

Aku mencintaimu..

Air mata Asrul menitis jua.

“Hello..” Faizul menjawab malas.

“Hahahahaha…. Pegawai Faizul, kalau anda berani, tangkaplah saya! Sayalah yang menculik anak Tan Sri Iqbal!” Satu suara asing yang mengejek Faizul kedengaran.

“Apa? Siapa awak?” jerit Faizul. Namun, talian telah diputuskan. Faizul mengeluh hampa.

Semua anggota polis yang berkhidmat dalam kumpulan Faizul berkumpul di balai raya 1. Tidak terkecuali juga Nabila dan Taufiq.

“Baiklah! Tadi, saya telah menerima ‘panggilan layang’ daripada dalang sebenar yang menculik Anita!” seru Faizul. Tidak sampai dua saat, suara bisikan bergema di dalam balai raya itu.

Faizul menjeling tajam setiap anggota polis yang berada di dalam balai itu. Suara bisikan yang bergema sudah lesap.

“Saya nak Taufiq, Samsul dan Rabbani mengawasi setiap pergerakan Anita!”

“Yes, sir!” Taufiq, Samsul dan Rabbani menyeru serentak sambil memberi tabik hormat kepada Faizul.

“Tak!!! Saya yang larikan diri dari rumah!!!” Awak ni tak faham bahasa ke?!?????” raung Anita di dalam bilik keterangan. Namun, Faizul tidak mempamerkan sebarang reaksi. Dia berlagak tenang.

“Cik Anita, orang yang selamatkan awak tu, dia pakai ini kan?” soal Faizul lalu menghulurkan beberapa batang anak rambut yang berwarna merah kepada Anita. Riak muka Anita berubah. Faizul menyedarinya. Dia tersenyum. Jeratnya mengena.

“Cik Anita, berdasarkan siasatan pihak polis, kami mengesyaki pemuda yang menyelamatkan awak merupakan dalang sebenar penculik awak!” terang Faizul.

Anita terkejut. “Tak mungkin!!!!!” raung Anita sekuat mungkin. Taufiq menceroboh masuk.

“Tuan, do you need..”

Sebelum sempat menghabiskan ayatnya, Faizul menyampuk, “ I will settle it down!!”

Taufiq akur lalu melangkah keluar dari bilik itu.

Tuk! Tuk! Tuk!

Pintu pejabat Faizul diketuk.

“Masuk..”

Muka Tuan Amirul terjengul di pintu pejabat Faizul.

Faizul terpempan. Rasa resah-gelisah menyerang lubuk hatinya.

‘Alah.. kenapa tuan nak jumpa saya? Apa kesalahan saya?’ Faizul mula risau..

bab 20

Suasana Pantai Bachok yang terletak di Kelantan aman damai. Burung berkicauan, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Nabila menguak rambutnya yang terjuntai di atas dahinya. Faizul tidak berbicara. Begitu juga dengan Nabila. Masing-masing mengunci mulut.

“Nab.. awak..”

“Zul.. nape awak nak tinggalkan saya dulu? Saya dan Asrul langsung tak ada apa-apa. Awak tau tak? Hati saya ni sakit! Sakit betul!” Nabila meluahkan segala isi hatinya kepada Faizul. Faizul tertunduk.

“Kalau awak tak suka dia, nape awak berpancaran ngan dia?” soal Faizul sinis. Nabila terkedu.

“Saya.. saya cuma nak sakitkan hati awak.. Zul.. saya..” Nabila serba salah. Faizul mengeluh.

“Nabila.. hati saya juga sakit.. Tapi.. kami berdua ialah manusia. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan?”

“Zul.. awak sedang bercinta dengan Ika ke?” Nabila menangis tersedu-sedan. Faizul serba-salah. Dia tersepit. Jika dia memberitahu Nabila, pasti Nabila akan mengamuk. Jika dia tidak memberitahu Nabila, maknanya dia sedang mengumpul dosa.

‘Argh.. bohong sunat tak pe kot..’ detik hati Faizul.

“Zul…” Tangisan Nabila masih belum reda.

Faizul menggeleng-gelengkan kepalanya. Nabila berasa gembira.

“Zul..” Nabila tersenyum. Ini bermakna Faizul masih cinta padanya.

“Nab… sudikah awak menerima lamaran saya sekali lagi?”

Nabila tersipu-sipu malu. Dia tersenyum bahagia. Dia menganggukkan kepalanya perlahan-lahan. Faizul tersenyum. Ombak yang memukul Pantai Bachok Kelantan menjadi saksi cinta antara dua insan ini.


**********************

Asrul keluar dari bilik air. Dia baru sahaja selesai mandi. Dia mencapai telefon bimbitnya dan terkejut apabila ternampak bilangan missed calls daripada Nabila. Dia lantas menghubungi Nabila.

“Halo...”

“Asrul.. bolehkah kita berjumpa?”

****************

Pantai Teluk Chempedak sunyi sepi. Tiada pengunjung. Ombak memukul pantai. Pasir kelihatan memutih.

“Nabila… kenapa? Kenapa awak nak kecewakan saya? Sedangkan hari tu awak yang berikan harapan kepada saya? Kenapa?” Akhirnya, air mata jantan Asrul mengalir.

“Asrul.. awak tu sedarlah.. Awak ingat diri awak tu siapa? Sebenarnya, hati saya ni sentiasa terpaut pada Faizul. Tapi , dia cemburu kerana awak pegang tangan saya. Jadi, saya berpura-pura untuk bercinta dengan awak.” Nabila menjawab tanpa sekelumit rasa bersalah yang terbit di lubuh hatinya.

“Nabila.. saya.. saya tak sangka.. awak .. awak..”

“Tak sangka kan? Tak kira lah. Janji saya nak putus dengan awak!” Dengan angkuhnya, Nabila menjawab tangisan Asrul itu lantas meninggalkan Asrul terpinga-pinga sendirian.

Asrul berasa sangat kecewa. Kata orang tua-tua, semakin tinggi harapan, semakin tinggilah peluang untuk harapan itu hancur. Benarlah kata-kata itu kini. Hubungannya dengan Nabila terputus! Eh, bukan. Ialah diputuskan!

*****************

Fikiran Anita menerawang jauh. ‘Aiman! Aku sungguh rindu padamu!’ tangisi hati Anita. Aimanlah pemuda yang menyelamatkannya dari kancah penculikan tempoh hari. Tanpa Aiman, kemungkinan mahkota kegadisannya telah diragut oleh sekumpulan sampah! Fikirannya mengimbas kembali hari dia diselamatkan oleh Aiman.

**************

“Syhh..” Aiman menyuruh Anita menzip mulutnya. Anita menurut tanpa banyak soal.

“Siapa awak?” Suara Anita bergetar. Dia masih berada dalam gelombang ketakutan.

“Saya Aiman. Saya datang untuk menyelamatkan awak. Jaga diri.” Sejurus itu, Aiman lantas meninggalkan Anita sepantas kilat.

Anita tergamam.

***************

Sekarang, Anita rindu. Rindu yang berbukit. Rindu yang menggunung. Jika dia bertemu semula dengan Aiman, dia akan membalas jasanya. Dengan itu, dia menipu pihak polis bahawa dia bukan diculik, sebaliknya melarikan diri dari rumah.

‘Ibu.. Ayah.. maafkan Ita!’ Anita menangis sendirian.

****************

“Is…” rengek Mimi manja.

Dato’ Ismail menoleh. Dia tersenyum lebar. Hari ini, Mimi akan menjadi ‘miliknya’. Mimi sengaja mengenakan pakaian yang jarang. Yang mampu meleburkan hati lelaki ‘gila seks’. Dato’ Ismail tersenyum puas. Dia memimpin tangan Mimi dan membawanya ke bilik suite Hotel Hyatt. Masing-masing tenggelam dalam gelombang dosa yang marak.

****************

Kepeningan kepala menyerang Anita. Kepalanya berdenyut-denyut. Pandangan matanya semakin kabur. Akhirnya, dia terkulai di atas lantai biliknya. Tan Sri Iqbal yang kebetulan melalui bilik Anita terkejut. Dia lantas memapah Anita dan membawanya ke hospital.

*****************

Doktor Amir yang sedang membelek failnya diganggu oleh bunyi interkom.

“Halo…”

“Doktor Amir.. seorang pesakit yang bernama Anita binti Tan Sri Iqbal dihantar ke hospital kerana dia pengsan. Dia..” Gagang terlepas daripada pegangan Amir. Dia tergamam.

*******************

Fikiran Asrul menerawang jauh. Hatinya sudah terpaut pada Nabila. Tapi, sekarang? Apa yang berlaku? Nabila telah memutuskan perhubungan dengannya. Dia terasa amat sedih. Kecewa. Marah? Tidak kot..

Pintu pejabat diketuk.

“Masuk..” Perlahan saja suara Asrul. Macam nyawa-nyawa ikan. Bangkai bernyawa.. Tidak bermaya..

Zulkarnain tercegat di hadapan abang kesayangannya.

“Abang.. Ada orang nak jumpa!”

“Siapa? Nabila?” Serta-merta riak wajah Asrul berubah ceria.

Namun , senyuman Asrul mati tatkala Zulkarnain menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Siapa?” Suaranya tidak bermaya.

“Entah.. Tapi dia kata dia tu anak gadis Dato’ Ismail!”

Asrul menoleh. Dia tergamam. Mengapa? Mengapa anak Dato’ Ismail mencarinya? Pelbagai persoalan menerjah fikiran Asrul. Jantungnya berdebar-debar.

***********