Sunday, October 25, 2009

bab 31

“Mak..” Air mata yang merembes keluar tidak dipedulikan oleh Masliza lagi. Kegembiraan dan kesyukurannya memang tidak dapat dibendung. Puan Maziah tersenyum memandang anaknya.

Sudah lama.. sudah lama Maziah tidak menatap wajah ayu Masliza. Dia ingat.. dia ingat segala-galanya. Ingatannya masih segar lagi. Dia mula berasa serba-salah. Walaupun dia tidak pernah sedar selama sepuluh tahun, dia dapat merasai kedukaan Masliza. Dia yakin, Masliza sudah meninggalkan Taufiq. Dulu. “Mak..” Air mata yang merembes keluartidak dipedulikan oleh Masliza lagi. Kegembiraan dan kesyukurannya memang tidak dapat dibendung. Puan Maziah tersenyum memandang anaknya.

Sudah lama.. sudah lama Maziah tidak menatap wajah ayu Masliza. Dia ingat.. dia ingat segala-galanya. Ingatannya masih segar lagi. Dia mula berasa serba-salah. Walaupun dia tidak pernah sedar selama sepuluh tahun, dia dapat merasai kedukaan Masliza. Dia yakin, Masliza sudah meninggalkan Taufiq. Dulu.. dulu dia menyalahkan Masliza kerana dia berpendapat Masliza mengakibatkan kematian suami tercintanya. Kini.. setelah dia melawat ‘dunia baru’, dia pasrah. Dia redha.. Dia tahu, kematian suami tercintanya, Ismail, bukan merupakan tanggungjawab anaknya. Semuanya kerana takdir Tuhan. Air matanya mula mengalir.

“Mak.. kenapa mak menangis?? Mak.. jangan nangis, mak.. Liza sedih kalau mak nangis.. mak.. tolong..” Masliza menangis tersedu-sedan. Dia mengesat air mata yang mengalir di pipi Maziah yang berkedut itu.

“Liza.. mak..mak..” Hiba Maziah tidak dapat dibendung lagi. Dia mencapai tangan anaknya dan menciumnya. Ya ALLAH! Sudah begitu besar memanjang anakku.. Maziah berdesis perlahan.

“Mak.. mak rehat dulu ye.. doktor cakap mak kena jaga kesihatan baik-baik.. Liza.. Liza tak sanggup..tak sanggup hilang mak lagi..” Sesungguhnya, Masliza amat menyayangi maknya. Sudahlah sepuluh tahun yang lalu dia kehilangan ayahnya, kini, sepuluh tahun berlalu, Masliza tidak sanggup kehilangan ibunya lagi.. Tidak sanggup lagi..

“Tak.. Liza.. mak.. mak mintak maaf.. Taufiq..Taufiq..mana??” Masliza tersentak. Air matanya tidak jadi mongering. Mana tidaknya, tidak semena-mena, ibunya mengungkitkan pasal Taufiq pula. Hatinya terguris sebenarnya. Namun, dia cuba melindungi perasaannya dengan mempamerkan secalit senyuman hambar.

“Dah..dah putus..” Perlahan sahaja suara Masliza menjawab. Maziah mengeluh kehampaan.

“Kenapa tak.. tak cari Taufiq?” Masliza diam membisu. Cari? Bukannya dia tidak pernah. Tetapi tiada gunanya.. memang tidak berguna lagi..

XxxxXxxxXxxx

Telefon bimbit Faizul berdering. Faizul lantas mencapai telefon bimbitnya. Mukhriz! Talian pantas disambungkan.

“Helo, Faizul ke?”

“Ya.. bang Mukhriz, ada apa-apa yang berlaku??” Entah kenapa, jantungnya mula berdegup kencang. Nalurinya kuat mengatakan bahawa ada perkara yang buruk telah berlaku.

“Er.. sebenarnya, Azman Adam tu.. pengumpul maklumat awak untuk Kumpulan Sin Seng kan?” Faizul tersentak. Pantas dia mengiyakan.

“Er.. identitinya dah terdedah.. dia .. dia..” Mukhriz tidak sampai hati menyampaikan berita terkini itu kepada Faizul.

“Dia dah meninggal kan?” Sebenarnya, jika Mukhriz tidak menghabiskan kata-katanya, dia dapat mengagak apa yang telah berlaku sebenarnya.

“A’ah.. Tapi nasib baik dia tak ada keluarga..” Mukhriz mengeluh hampa.

“Ya.. tapi.. sayang jugak.. sebab Azman tu talented dalam hal macam ni.. entah kenapa la dia boleh meninggal.. sebab selama ni dia cukup bijak..” Kehairanan mula menyelubungi dirinya. Mukhriz turut mempersetujui pernyataan Faizul itu. Setelah berbincang tentangkegiatan kumpulan haram Sin Seng, talian diputuskan. Faizul tersandar lesu di atas tilam empuk yang disediakan di Hotel Sheraton itu. Mindanya ligat berputar.

‘Mungkinkah Ghazali yang membunuh Azman??” Persoalan yang cukup sensitif dan negatif ini mula menerjah minda Faizul.

XxxxXxxxXxxx

Lagu “You are Not Alone” oleh Michael Jackson berkumandang di udara. Asrul menjawab malas panggilan itu.

“Asrul.. tengah buat apa tu??” Suara Zulaikha menampar gegendang telinga Asrul.

“Erm.. kat ofis ni..” Sebenarnya, serba-salah juga Asrul. Kini, Asrul sedang bercinta dengan adik tiri Zulaikha yang amat-amat dibenci oleh Zulaikha. Jika Zulaikha mengetahui berita tersebut, entahlah apa yang bakal dilakukan oleh Zulaikha nanti. Bimbang juga dia jika Zuzita dimaki hamun oleh kakak tirinya itu.

“Oh.. boleh tak kita gi lunch??” Zulaikha mempelawa. Asrul lagilah serba-salah. Hari ini, dia mempunyai lunch date dengan Zuzita. Namun, apa kata Zulaikha nanti??

“Boleh tak, Asrul??” Zulaikha mengulangi pertanyaannya semula setelah tiada jawapan terpacul dari bibir Asrul.

“Er..” Teragak-agak juga Asrul. Dia harus membuat pilihan yang tepat dan cepat kini!! Tiba-tiba, pintunya diketuk. Zuzita yang tercegat di hadapannya mengunjukkan jam tangannya, tanda mengingatkan Asrul tentang lunch date mereka. Asrul tersenyum manis sambil mengangguk.

“Er.. Ika.. awak makan sendiri la.. saya sibuk la..” Asrul menolak pelawaan Zulaikha dengan lembut. Bimbang juga Asrul andai sahabatnya itu terguris perasaannya. Zuzita tersentak.

‘Ika? Kakak ke?” Cemburu mula mengulit hati Zuzita. Riak wajahnya mula bertukar menjadi masam.

Talian diputuskan. Asrul mengemaskan barangannya di atas meja.

“Jom!!” Kot yang tersidai di atas penyangkut pejabatnya itu lantas dicapai. Langkahnya terhenti seketika ketika matanya tercantap seraut wajah teman wanitanya yang monyok itu.

“Ala.. sayang, kenapa ni?” Asrul mengujar lembut.

“Tak de pa pe la..” Zuzita tersenyum hambar lalu berlalu dari situ. Asrul hanyalah terpinga-pinga sendirian.

‘Apa salah aku??’ Dia mencongak segala tindak-tanduknya tadi. Tiba-tiba, dahinya ditepuk!!!

“Perbualan dengan Ika rupa-rupanya..” Asrul sekadar menggeleng-gelengkan kepalanya.

‘Cemburu betul teman wanita aku..’ Asrul berdetik.

“Tapi, kata orang, cemburu tu maknanya sayang..” Senyuman lebar mula mengorak di bibir Asrul. Langkahnya dipercepat untuk menyaingi langkah teman wanitanya itu.

Friday, October 16, 2009

bab 30

Zuzita terpinga-pinga – hairan.

‘Mamat ni sewel ke?? Asyik-asyik senyum je… macam orang gila la..’ Kerutan di dahi Zuzita semakin jelas kesihatan. Asrul yang menyedarinya – senyuman yang semakin lebar mengorak di bibirnya.

“Er.. saya pergi dulu..” Zuzita memalingkan tubuhnya.

“Tunggu dulu!” Dua patah kata dari Asrul mematikan langkah Zuzita. Jantungnya berdegup kencang, matanya dipejam erat. Bimbang jika dia dimaki hamun oleh Asrul. Walaupun dia sudah menghantar surat peletakan jawatan, Asrul masih merupakan bosnya sekarang. Tambahan, sistem Syarikat Top Top – setiap pekerja mesti memberitahu pihak atasan mereka tentang hal peletakan jawatan mereka dua bulan lebih awal – tiada kebenaran akan diberi jika pekerja ingin meletakkan jawatan dengan segera.

“Zita.. awak tak bagi alasan pun dalam surat tu..” Penghawa dingin menegakkan bulu romanya.

“Er.. saya..” Sebelum Zuzita sempat menghabiskan kata-katanya…

“Sejak bila awak tak pandang orang semasa bercakap?” Asrul menyampuk dengan bertutur sinis. Terpaksalah Zuzita memalingkan tubuhnya bercakap dengan Asrul.

“Saya.. maafkan saya, Encik Asrul. Saya..” Sebak Zuzita tidak tertahan lagi. Air matanya mula menitis. Tergamam Asrul seketika. Ingin sahaja dia mengesat air mata Zuzita jika dia tidak mengenangkan bahawa mereka berada di pejabat sekarang.

Zuzita mengesat air matanya perlahan. Malu juga jika dia berterus-terusan menangis di hadapan Asrul.

“Tapi.. bukan ke Encik Asrul yang kata nak pecat saya sebab takut Zulaikha marah??” Sisa tangisan Zuzita belum reda. Asrul tersentak. Rasa serba-salah mula menyelubunginya.

“Awak.. awak curi dengar ke?” Asrul mula memprovok. Jika tidak, masakan Zuzita tahu, dan dia amat pasti Dato’ Ismail tidak akan memberitahu Zuzita tentang perkara yang disebutnya.

“Bukan curi dengar.. Cuma tak sengaja terdengar sahaja..” Zuzita menjelaskan, Asrul mengangguk perlahan.

“Jadi, kalau Encik Asrul nak ikut sistem syarikat, saya tak membantah. Saya akan pergi selepas dua bulan..” Zuzita tetap dengan keputusannya. Asrul menggoyang-goyangkan jari telunjuknya di hadapan Zuzita.

“Apa??” Zuzita tidak faham apa maksud isyarat yang ditayangkan oleh Asrul itu.

“Saya tak benarkan teman wanita saya tak nak kerja dengan saya..” Asrul tersenyum nakal. Zuzita tergamam. Namun, lamunannya mati.

“Er.. so??” Jantung Zuzita berdegup kencang.

“Zita.. saya.. saya suka awak! Jadi, saya nak awak kerja kat sini agar..agar saya dapat tengok awak tiap-tiap hari..” Teragak-agak juga Asrul meluahkan isi hatinya. Sebenarnya, dia tidak bercadang untuk berkelakuan sedemikian. Cuma, perkara ini berubah secara mendadak. Berdasarkan nalurinya, inilah caranya untuk menghalang peletakan jawatan Zuzita – gadis yang disenanginya kini.

Zuzita masih tergamam, terpaku di situ. Asrul tersenyum. Dia mencubit pipi Zuzita.

“Oucch!!” Zuzita meraba-raba pipinya yang kemerah-merahan itu natijah cubitan Asrul.

“Jadi.. sakit tu.. awak tak dreaming la.. boleh tak??” Asrul mengusik. Zuzita tersipu.

“Boleh apa??” Zuzita buat-buat bodoh.

“Awak tau sendiri la, sayang…” Zuzita tersenyum manis.

XxxxXxxxXxxx

Nabila termangu seketika. Sudah sebulan agaknya dia tidak bertemu dengan raja hatinya – Faizul. Semuanya gara-gara penjelasan Faizul tempoh hari. Kecurangan Faizul semasa bercinta dengannya memang tidak dapat diterimanya.

Selepas kejadian dia memutuskan hubungan dengan Faizul berlaku, Faizul memang menepati janjinya. Dia ingin memberi masa kepada Nabila untuk berfikir. Sebulan – memang panjang masanya untuk berfikir. Namun, sampai sekarang, Nabila masih belum membuat keputusan. Dia tidak ingin terburu-buru kerana hal percintaan melibatkan seluruh jangka hayatnya. Nabila mengeluh sendirian. Skrin telefon terpapar di hadapannya. Gambar Faizul yang ditangkap bersamanya dijadikan sebagai wallpaper telefon bimbitnya. Hal ini memang membelenggu fikirannya..

XxxxXxxxXxxx

Surat khabar Metro dibelek-belek oleh Masliza. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya sendirian.

“Tak bermoral langsung!” Terpacul tiga patah kata-kata ini dari bibir Masliza ketika dia terbaca berita tentang ‘urutan kasih’ yang disediakan di pusat urut dan salun. Masliza sedar, pada era globalisasi kini, perkara-perkara seperti ini memang sering terpampang di dada akhbar. Keruntuhan akhlak remaja dan gejala sosial yang sering terjadi memanglah merupakan natijah wujudnya pusat-pusat ini.

Telefon bimbit Masliza yang berdering mematikan lamunannya.

“Hello..” Masliza menjawab malas.

“Hello, Cik Masliza.. Puan Maziah sudah sedar..” Telefon bimbit terlepas daripada genggaman tangan Masliza. Air mata gembira Masliza mula mengalir. Dia memanjat kesyukuran yang tidak terhingga kerana saat ini memang dinantikan selama sepuluh tahun.

Friday, October 2, 2009

bab 29

“Duduklah, Dato’ Ismail..” pelawa Asrul. Dia turut berasa hairan apabila mengamati seraut wajah Dato’ Ismail yang pucat lesu itu.

“Terima kasih, Asrul..” Lemah sahaja suara Dato’ Ismail. Dia meninjau-ninjau ke luar pejabat.

‘Manalah tau kalau Zita ada..’ Dato’ Ismail mengeluh sendirian.

“Er.. Dato’.. Linda kata .. Zita tak sihat..” Dato’ Ismail tersentak.

‘Tak sihat? Sejak bila?? Atau…??’ Dato’ Ismail terkilan seketika. Seingat dia, suara Zita sangat sihat apabila menjawab panggilannya tadi. Mungkinkah sebab aku?? Itulah yang keadaan yang paling tidak diingini oleh Dato’ Ismail.

Asrul yang menyedari menung Dato’ Ismail itu berdehem beberapa kali. Dato’ Ismail tersentak.

“Oh.. er.. Asrul.. Zita mana??” soal Dato’ Ismail tanpa segan-silu. Asrul yang sedang menghirup kopi Ali CafĂ© itu tersedak.

“Er.. tak tau.. sebab Linda kan kata dia tak sihat..” Asrul bertambah pelik terhadap sikap Dato’ Ismail itu.

“Oh ya.. Asrul.. sebenarnya.. Zita tu…” Dato’ Ismail tidak jadi meneruskan kata-katanya.

“Zita apa??” Naluri ingin tahu mendesak Asrul.

“Haiz.. sampai ke tahap ni.. saya pun tak nak tipu awak, Asrul.. Se. Sebenarnya, Zi..Zita… anak saya..” Air kopi yang dihirup Asrul terhambur keluar dan memercik ke arah Dato’ Ismail. Dato’ Ismail terkejut. Asrul lantas mencapai tisu dan menolong Dato’ Ismail mengesat kesan air kopi pada baju kemejanya.

“Sorry, Dato’.. Saya.. saya tak sengaja..” Dato’ Ismail tersenyum hambar.

“Tak pe, Asrul. Saya pun tau.. awak terkejut kan.. tak pe la.. saya kesat sendiri..” Dato’ Ismail tidak menyalahkan Asrul kerana dia tahu bahawa hakikat tersebut tidak dapat diterima oleh Asrul.

“Er, Dato’.. maknanya.. Zita tu.. adik Ika ke??” Dato’ Ismail menjawab pertanyaan Asrul dengan anggukan kepalanya. Zulaikha serba-salah. Dia masih teringat aduan tentang Zuzita daripada Zulaikha. Rupa-rupanya, Zuzita yang merupakan setiausahanya, turut merupakan adik tiri Zulaikha, perempuan yang agak dibenci oleh Zulaikha.

“Dato’.. sebenarnya, Ika ada cakap dia tak suka adik dia.. tapi .. saya pun tak tau adik dia tu Zita rupanya..” Asrul berterus-terang tanpa menyedari kelibat seseorang di sebalik pintu. Di sebalik pintu, Zuzita mendengar setiap butir bicara antara ayahnya dan majikannya yang turut menjadi lelaki yang dicintainya.

“Dato’.. kalau boleh.. saya tak nak Zita kerja kat pejabat saya lagi.. kalau tak.. Ika marah..” Zuzita tersentak. Hatinya tercalar. Martabatnya jatuh. Air matanya merembes. Dia kesayuan, kesedihan, kekecewaan..

**

“Hi..” Anita menyapa Faizul terlebih dahulu. Faizul yang sedang menghirup air Cokenya tersedak. Dia tergamam. Kemudiannya, dia tersenyum.

“Hi.. nice to meet you..” Faizul membalas sapaan Anita. Anita tersenyum manis.

“Duduklah..” Faizul mempersilakan Anita duduk, penuh hormat. Anita lantas mengambil tempat duduk bertentangan dengan Faizul.

“Hmm… angin monsun apa yang tiup awak ke sini??” Anita menyoal. Faizul menjongketkan keningnya. Dia tersenyum.

“Awak… sedang sindir saya ke?” Faizul memprovok. Anita tersentap.

“Alah.. awak ni kan memang tak sporting betul lah..”

“Hmm… rasanya, angin monsun Anita kot..” Faizul cuba bergurau. Anita tertawa.

“Apalah.. angin monsun Anita pulak.. geografi pun tak belajar macam tu..” Faizul tersenyum lebar.

**

Pintu pejabat Asrul diketuk.

“Masuk!!” Zuzita melangkah masuk dan pintu pejabat terkatup.

“Oh.. Zita, kenapa lambat?” Asrul menyoal selaku seorang ketua. Dia berasa hairan juga kerana sebelum ini, Zita tak pernah lewat pun.

“Sorry, bos. Bos mesti rasa macam nak pecat saya kan?” Zuzita menyindir. Asrul tersentak.

“Ya ke?” Asrul menjawab soalan Zuzita tadi dengan soalan.

“Tapi, bos tak de peluang tu.. nah!” Zuzita menghulurkan sepucuk surat kepada majikannya. Asrul membuka sampul surat tersebut dan membacanya sekilas.

“Maknanya??” Asrul masih ingin menyoal walaupun dia memahami niat setiausahanya itu.

“Saya nak letak jawatan!” Suara Zuzita kedengaran tegas. Asrul menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum.