Saturday, September 12, 2009

bab 28

Peluh memercik di dahi Asrul. Cahaya matahari yang terik memancar Asrul.

‘Adoi!! Panas betul!!!!’ Ingin sahaja Asrul berlalu dari situ. Namun, dia terkenangkan rajuk Zulaikha yang belum reda itu. Justeru, dia membuat keputusan untuk menunggu Zulaikha di hadapan Ibu Pejabat Balai Polis Kontijen Pahang itu.

Sebenarnya, dia boleh menunggu Zulaikha di dalam ibu pejabat. Walau bagaimanapun, dia ingin menunjukkan keikhlasannya untuk memohon maaf daripada sahabatnya, Zulaikha.

Senyuman mengorak di bibir Asrul apabila dia ternampak kelibat Zulaikha keluar dari pejabat itu. Dia lantas meluru ke arah Zulaikha. Zulaikha tersentak. Dia sempat menangkap peluh yang memercik di seluruh badan Asrul.

Maklumlah, cuaca yang panas. Tambahan pula, Asrul mengenakan baju kemeja lengan panjang dan slack hitam hari ini.

“Ika.. sorry yek..” Asrul memujuk. Zulaikha tersenyum. Senyuman mengorak di bibir Asrul.

Zulaikha lantas menghulurkan sepeket tisu kepada Asrul. Asrul mencapainya.

“Terima kasih!” ujar Asrul.


“Hello, Zulkarnain Holdings!” Itulah yang biasanya diucap oleh Zuzita apabila dia menerima panggilan telefon.

“Hello, saya Dato’ Ismail..” Zuzita terpempan. Dia tahu siapa Dato’ Ismail.

‘Ayah ke??’ Ingin sahaja Zuzita mengutarakan isi hatinya. Namun, dia membantuti hasratnya itu.

“Hello, Asrul ada??” Dato’ Ismail bertanya apabila tiada suara yang menyahut di seberang talian.

“Er.. tak de.. Asrul.. er.. Tuan Asrul dah keluar..” Tergagap-gagap suara Zuzita menjawab pertanyaan ayahnya itu. Dato’ Ismail terpempan seketika.

“Zita…” ujar Dato’ Ismail perlahan namun sempat ditangkap oleh telinga Zuzita.

Zuzita cuba menahan sebaknya. Beberapa titis air mata gugur dari kelopak matanya.

“Zita ke tu??” Dato’ Ismail turut berasa sebak.

Mungkinkah Dato’ Ismail dan Zuzita berjodoh?

“Zita kerja kat office Asrul ke??” Dato’ Ismail terus bertanya. Talian telefon dimatikan oleh Zuzita. Dia tidak dapat menahan sebaknya lagi. Dia mencapai tas tangannya dan meluru ke arah tandas perempuan.

Beberapa staf Syarikat Top Top yang lain hairan melihat perbuatan Zuzita itu. Mereka saling berpandangan sambil menjongketkan bahu masing-masing.


Faizul menuju ke arah McDonald di KLCC. Perutnya yang lapar perlu diisi.

‘Ramainya..’desis Faizul. Dia masuk ke dalam barisan dan menunggu gilirannya. Dia sempat menoleh sekelilingnya. Dia tersentak.

‘Dia lagi?? Takkanlah berjodoh sangat??’ desis Faizul. Begitu juga perempuan tersebut.


Asrul memulas tombol pintu pejabatnya. Dia tersentak.

“Mana Zita??” Dia menoleh ke luar biliknya itu. Tiada kelibat Zuzita kelihatan. Kerisauan mula menyelubungi diri Asrul. Tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi.

“Hello, Asrul ni..” Asrul masih sedang mencari kelibat Zuzita.

“Asrul, saya Dato’ Ismail.. Zita ada??” Pertanyaan Dato’ Ismail itu ternyata memeranjatkan Asrul.

“Tak de.. saya pun tengah cari dia, Dato’. Dato’ cari dia untuk apa??” soal Asrul.

“Asrul, rasanya , saya perlu ke office awak sekarang!!” tegas Dato’ Ismail. Talian telefon dimatikan. Asrul tertanya-tanya.

“Kenapa pulak Dato’ Ismail cari Zita??” rungut Asrul sendirian.


Pintu bilik pejabat Asrul diketuk.

“Masuk!!” sahut Asrul. Roslinda tercegat di hadapannya.

“Ros, apa hal??” soal Asrul.

“Encik Asrul, Cik Zuzita memohon cuti hari ini..” Asrul terperanjat.

“Cuti? Kenapa pulak??” Roslinda serba-salah.

“Er.. dia cakap dia tak sihat.. tapi..” Roslinda tidak tahu patutkah dia menceritakan hakikat yang sebenar kepada bosnya.

“Tapi apa??” soal Asrul tidak sabar.

“Tapi rasanya bukan tak sihat. Dia menangis lepas terima satu panggilan. Pas tu dia gi toilet. Dia keluar dan kata dia tak sihat..” Roslinda menceritakan perihal yang sebenar kepada Asrul.

‘Lepas terima satu panggilan?? Boy friend ke??’ Cemburu mula melanda diri Asrul.

Sunday, September 6, 2009

bab 27

Faizul tersentak. Dia sempat menangkap kelibat anak Tan Sri Iqbal, Anita.

‘Cantiknya Anita…’ gumam Faizul perlahan. Tidak dinafikan, paras rupa Anita memang mampu mengalahkan paras rupa Anita bila-bila masa sahaja. Lebih-lebih lagi, rambut Anita yang serba hitam dan panjang melurus itu dilepaskan bebas hari ini. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa menyerlahkan kemanisan wajah Anita dan rambutnya. Faizul terpempan seketika.

Anita merasakan seseorang sedang mengamati wajahnya. Dia menoleh ke arah itu. Dia tersentak.

‘Faizul??’ Anita hairan. Tidak perlukah pegawai itu bekerja di Ibu Pejabat Polis Kontijen Pahang?

Faizul melemparkan senyuman ke arah Anita. Dengan teragak-agak, Anita membalas senyuman tersebut.

Anita lantas berlalu dari situ. Dia menuju ke pintu utama KLCC.

“Hmm.. Zita, best jugak ye kopi awak..” Asrul memuji ikhlas. Zuzita sekadar tersenyum. Tiada bicara. Dia meneruskan laporannya tadi.

Asrul agak tertarik dengan setiausahanya yang baru ini. Bukan sahaja dari segi paras rupa, budi pekerti Zuzita yang mulia juga telah menambat hatinya itu.

Deringan telefon menyentakkan lamunan Asrul sekali gus menarik perhatian Zuzita yang sedang ‘bercinta’ dengan laporannya itu.

“Hello Asrul.. boleh tak makan lunch sekarang??” pelawa Zulaikha. Asrul tersenyum. Zuzita tertanya-tanya.

‘Dengan kekasih ke?’ Zuzita mula diserang perasaan cemburu.

“Amboi Ika.. main serang je.. Tak bagi salam ke??” sindir Asrul. Zulaikha terdiam. Kononnya merajuk. Asrul serba salah.

“Ika.. sorry. I don’t mean it..” Asrul memujuk. Zulaikha cuba menahan tawanya. Dia sengaja mempermainkan Asrul.

“Bye la..” Serius sahaja suara Zulaikha. Talian telefon sengaja dimatikan. Asrul terpempan.

‘Takkanlah merajuk sampai macam ni kot??’ desis hati Asrul.

“Hello.. Ika..” Tiada balasan. Zuzita meneruskan kerjanya yang terbelangkai tanpa menghiraukan gelodak jiwanya itu.

Dengan mengeluh hampa, Asrul turut mematikan talian telefon bimbitnya. Zuzita menolehnya sekilas.

“Kenapa??” tanya Asrul yang menyedari gelagat Zuzita. Pasti setiausahanya tertanya-tanya.

“Tak de apa-apa..” Zuzita sekadar menenangkan Asrul. Dia tidak ingin menyerabutkan otak Asrul lagi.

‘Cukuplah masalah yang menimpa bosnya itu akibat rajuk entah siapa-siapa itu’ detik Zuzita.

“Zita..” Asrul memanggil setiausahanya.

Dengan mempamerkan senyuman yang manis, Zuzita bertanya, “Apa, Asrul??” Sejak ditegur oleh bosnya hari itu, dia menggunakan panggilan ‘asrul’ untuk memanggil bosnya. Tiada perkataan ‘tuan’ mahupun ‘encik’ yang keluar dari bibirnya.

“Apa bunga yang perempuan biasanya suka?” Zuzita tersentak.

‘Dia nak bagi aku bunga ke? Isyhh!! Aku ni.. Memang syok sendiri je..’ Zuzita mengeluh. Asrul hairan.

‘Nape pulak dia ni mengeluh? Cemburu ke?’ detik Asrul sendirian.

Setelah menyedari renungan bosnya itu, Zuzita tersengih-sengih. Kononnya untuk menutup keterlanjurannya tadi.

“Er.. tak sama la..” Zuzita menjawab.

“Har? Apa tak sama?” Asrul tidak faham.

“Oh.. Asrul.. maksud saya, taste setiap orang tak sama.. Takkanlah girlfriend Asrul tu sama taste ngan saya kot..” Suara Zuzita berbaur cemburu. Asrul mengangkat keningnya.

‘Sahlah ni.. Bukan aku yang syok sendiri mahupun perasan. Kenapa cemburu?’ Ingin sahaja Asrul melontarkan pertanyaan itu kepada setiausahanya. Namun, dia membantutkan hasratnya tatkala terkenangkan ‘mood’ setiausahanya yang tidak berapa baik hari ini.

“Hmm.. macam tu kalau awak, awak suka bunga apa?” Asrul sengaja menduga.

‘Alahai.. bos.. janganlah buat aku ni perasan. Aku tak nak derita lagi!!!’ adu Zuzita sendirian.

“Zita.. awak termenung ke??” Zuzita tersentak. Dia pantas menggelengkan kepalanya. Asrul tersenyum.

“Awak suka bunga apa?” Asrul mengulangi soalannya tadi.

“Er.. saya tak suka bunga..” Zuzita sengaja berkata begitu. Hakikatnya, dia menyukai bunga lavender. Namun, dia tidak memberitahu bosnya kerana bimbang ditertawakan oleh bosnya.

‘Maklumlah, bunga lavender kan jarang-jarang jumpa kat Malaysia..’ Zuzita tersenyum hambar.

Ada ke perempuan tak suka bunga?’ detik hati Asrul sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

Zulaikha memandang skrin telefon bimbitnya. Hatinya resah-gelisah.

‘Takkanlah Asrul tak nak pujuk aku??’ Zulaikha berteka-teki. Dia lantas mematikan telefon bimbitnya.

‘Biarlah.. kali ini.. aku benar-benar merajuk!! Ada ke macam tu.. langsung tak pujuk orang. Aku bersandiwara teruk sangat ke??’ Zulaikha tidak puas hati. Dia hairan. Berdasarkan sikap Asrul, pasti berpuluh-puluh missed calls dan sms telah dihantar kepadanya jika dia merajuk.

Zulaikha mengeluh hampa. Akhir-akhir ini, dia hampir melupakan Faizul, jejaka yang pernah menyebabkannya hilang arah dan kemaruk cinta.

Namun, dia kini sudah terpaut pada jejaka berhati mulia, Asrul. Dia tidak kisah walaupun Asrul pernah bercinta dengan musuh cintanya, Nabila. Yang dia pasti, dia sudah menyukai dan menyenangi jejaka yang bernama Asrul.

Setiap kali dia dilanda kemelut, Asrul pasti memujuknya dan menasihatinya agar menyelesaikan masalah tersebut dengan cara yang baik.

‘Asrul oh Asrul, tahukah kau tentang lara yang melanda jiwaku??’ Zulaikha berkata-kata sendirian..

Saturday, September 5, 2009

Kasih yang Terpahat di Hati ~ bab 26

“Abang.. ni setiausaha baru bang..” ujar Zulkarnain. Asrul mendongak. Kerja-kerja yang dibuatnya sebentar tadi terbelangkai seketika.

Zuzita tersenyum.

‘Kacak jugak boss aku nih!!’ Sambil itu, Zuzita sempat bermonolog sendirian.

“Ok.. Zul leh keluar..” Sejurus itu, kelibat Zulkarnain terus hilang di sebalik pintu. Pintu terkatup rapat.

Zuzita menoleh sekeliling.

‘Besarnya bilik ni..’ desis hati Zuzita.

“Cik.. apa nama awak?” soal Asrul cukup berkarisma.

“Oh.. saya Cik Zuzita,” Asrul mengangguk-angguk sambil tersenyum.

“Tempat duduk Zita kat sana..” Asrul mengunjuk ke arah sebuah meja yang terletak di koridor biliknya. Zuzita menoleh.

‘Apa? Dalam bilik yang sama ngan dia?? Takkan lah kot.. Macam ni pasti aku tak dapat tumpukan perhatian..’ detik Zuzita.

“Zita.. ada masalah ke?” Asrul sempat membaca gerak hati setiausaha barunya itu.

Zuzita lantas menggeleng sambil tersenyum hambar.

“Er.. tuan, apa tugas saya hari ini?” soal Zuzita menjurus kepada hal kerjaya.

“Oh.. tolong arrange appoinments saya hari ini.. dan buatkan kopi untuk saya, boleh?” Asrul sengaja menduga. Padahal, perkataan ‘tidak boleh’ tidak harus keluar dari mulut setiausahanya itu.

“Pasti boleh, tuan..” Senyuman meleret di bibir Zuzita.

“Janganlah panggil saya tuan.. Nanti janggal pulak kan.. Lagipun kalau awak panggil saya tuan, macam saya ni tua sangat..” Asrul berseloroh. Zuzita tersenyum sambil mempamerkan sebaris gigi yang memutih.

“Nabila.. sebenarnya.. saya.. maafkan saya..” Faizul tergagap-gagap. Dia ingin menceritakan hakikat yang sebenar kepada Nabila. Dia nekad, jika dia ingin mencintai Nabila sepenuh hati, dia tidak harus menyimpan sebarang rahsia daripada pengetahuan Nabila.

“Apa, Zul?” Nabila hairan. Selama ini, Faizul tidak pernah berkelakuan sedemikian.

‘Apakah dia sudah SB balik?’ Nabila ketawa.

“Sebenarnya, masa I terima u balik, saya sedang.. bercinta dengan Ika..” Akhirnya, terluah juga apa yang terbuku dalam hati Faizul selama ini. Nabila terpempan. Namun, dia sempat mengukir senyuman.

“Zul.. janganlah gurau.. serius sikit, okay?” Nabila cuba menafikan gelodak jiwanya.

“Tak.. Nab.. saya.. memang jahat. Tapi, masa tu.. saya memang terima Ika untuk sakitkan hati awak tapi tak sangka..”

Sebelum Faizul menghabiskan kata-katanya, Nabila menyampuk, “Tapi, awak suka dia kan?!” Nabila cuba mengawal nada suaranya itu.

Faizul tunduk sambil mengeluh.

“Nab.. saya.. tapi sekarang dia dah putus dengan saya.. Jadi boleh tak awak maafkan saya?” soal Faizul cuba memohon simpati. Nabila mengeluh. Perlukah Faizul diberi peluang sedangkan ini bukan kali pertama hatinya dirobek dan dicalar sedalam ini?

“Nab…” Faizul tidak putus asa memujuk.

“Sudah.. Zul. Saya akan fikir tentangnya. Saya balik dulu. Bye.” Nabila berlalu tanpa menoleh. Faizul juga tidak mengejar Nabila.

‘Biarlah.. ini semua balasanku kerana mempermainkan perasaan dua insan yang tulus cintanya..’ Faizul sempat mengutuk perbuatannya itu lalu mendongak memandang langit yang kebiru-biruan. Setitis air mata gugur dari kelopak matanya. Dia memejam matanya, erat.

Bangunan Menara Berkembar Petronas tersergam indah. Itulah yang menjadi kebanggan negara Malaysia. Ribuan terima kasih telah diucapkan kepada tuan ilhamnya, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Faizul mengeluh hampa. Dia telah memohon cuti selama tiga hari. Dia ingin membawa dirinya dengan hatinya yang kian lara. Biarlah takdir-Nya yang menentukan segala-galanya kini. Tiba-tiba, Faizul teringatkan Ghazali.

‘Di manakah agaknya Ghazali sekarang? Betulkah dia pembelot sekarang? Atau..?’ Pelbagai masalah datang menerpa Faizul. Otaknya kian berserabut sekarang. Dia mengimbau kembali perbualannya dengan Tuan Amirul beberapa minggu yang lalu.

“Faizul.. saya rasa kes Ghazali tu.. serah kepada Mukhriz..” tegas Tuan Amirul. Faizul terpempan. Adakah Tuan Amirul, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Malaysia itu sedang meragui kebolehannya dalam menyiasat kes ini? Atau Tuan Amirul bimbang kebolehannya akan terjejas dek persahabatannya dengan Ghazali?

“Tuan.. saya..” Faizul tidak tahu bagaimanakah caranya untuk membidas keputusan Tuan Amirul itu.

“Faizul, saya bukannya mengesyaki apa-apa. Cuma Mukhriz tu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu. Kumpulan Sin Seng ni sekarang kian berleluasa kat Terengganu. Jadi, saya pun buat keputusan macam ni. Saya harap Faizul tak kecil hati..” ujar Tuan Amirul penuh berhati-hati. Bagai menarik rambut di dalam tepung. Dia tidak mahu salah faham akan timbul antaranya dengan orang bawahannya terutama pegawai yang berkaliber seperti Faizul.

“Oh.. tuan jangan risau. Saya tak berkecil hati langsung. Saya tak kisah. Lagipun baru-baru ni ada satu kes rompak. Pun belum selesai lagi. Jadi, ringanlah beban saya..” Faizul tersenyum ikhlas. Hakikatnya, dia langsung tidak kisah. Jika Tuan Amirul mengesyaki kebolehannya, dia pun boleh menerimanya. Masakan tidak? Ghazali ialah kawan baiknya. Rakan seperjuangan.

Faizul sempat memanjatkan kesyukuran kepada Allah. Sekurang-kurangnya, dia tidak perlulah menyaratkan otaknya dengan kes Ghazali itu. Biarlah.

‘Argh!! Aku nih macam putus asa je..’ Faizul bermonolog. Baru-baru ini, dia sering ditimpa masalah cinta. Walau bagaimanapun, dia berjanji akan setia terhadap Nabila tidak kira apa-apa yang berlaku.

Anita mengeluh sendirian. Dia sudah puas menangis. Saban hari, dia menangis tatkala terkenangkan perpisahan yang telah diwujudkan oleh Amir a.k.a. Aiman alias lelaki bertopeng monyet yang menyelamatkan nyawanya beberapa bulan yang lalu.

“Anita.. a..awak suka saya ke?” Amir memprovok. Dia kelihatan segak memakai pakaian seragam doktor yang memutih.

Anita tertunduk, malu. Dia tidak mengiyakan mahupun menafikan kenyataan itu.

“Anita.. saya tak layak untuk awak..” Perlahan sahaja suara Amir itu namun ia cukup tajam untuk menghiris, mencalar dan merobek hati Anita yang tulus dan suci itu. Beberapa butir manik jernih jatuh dari kolam air matanya. Dia cuba menahan sebaknya. Amir sedar, dia telah mencalar hati Anita. Namun, dia lebih rela Anita tidak dilukai dengan lebih mendalam pada hari yang akan datang.

Tanpa mengeluarkan suaranya, Anita lantas berlalu dari situ. Sebak yang ‘terkurung’ dalam jiwanya terhambur. Tangisannya semakin kuat.

Anita lantas meminta izin kedua-dua orang tuanya untuk bersiar-siar di ibu negeri Malaysia ini. Walaupun penuh sesak dengan pelbagai pusat hiburan dan kenderaan yang melepaskan asap lantas mencemarkan alam sekitar, hatinya akan menjadi sejuk tatkala ternampak bangunan kebanggan Malaysia ini. Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur yang tersergam indah di tengah-tengah kota metropolitan itu..

25

“Apa khabar awak?” tanya wanita yang berumur 40-an itu.

“Okey.. Macam mana dengan Zita?” soal Dato’ Ismail.

“Zita okay. Cuma dia kekurangan kasih sayang seorang ayah aje..” sindir wanita itu.

“Zah.. janganlah macam ini..” sayu sahaja suara Dato’ Ismail. Zizah merupakan wanita kedua yang berjaya menakluk hati Dato’ Ismail selepas Dato’ Ismail berkahwin dengan Datin Nairul. Bukan itu sahaja, mereka turut mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Zuzita. Maknanya, Zuzita merupakan adik kepada Zulaikha.

“Awak nie.. sekarang ada girlfriend baru kan.. apa tu? Setiausaha awak kan.. kalau tak silap saya, nama dia tu mimi.. tapi.. nairul sanggup ke bermadu?” Zizah tidak habis-habis menyindir lelaki yang berada di hadapannya.

Dato’ Ismail mengeluh hampa.

“Dia.. dah tinggalkan saya…” Minggu lepas, Zizah pernah datang ke pejabatnya dan ternampak aksi mesranya dengan Mimi lalu menjerit. Selepas Zizah pergi, Mimi menyoalnya bertalu-talu. Mimi mendakwa bahawa dia menjalinkan hubungan dengan Zizah dan tidak mencintainya lagi.

Dato’ Ismail tidak puas hati. Takkanlah Mimi tak boleh buat perbezaan.

‘Dari segi rupa dan potongan badan, Zizah tu dah out standard..’ desis Dato’ Ismail sendirian.

“Boleh ke saya jumpa Zita?” Dato’ Ismail cuba memujuk Zizah bagi mendapatkan kebenaran untuk berjumpa dengan anak perempuannya itu. Zizah mencebik.

“Dia tak nak jumpa awak..” Sememangnya, Zuzita enggan berjumpa dengan Dato’ Ismail. Dia benci dengan sikap ayahnya yang tidak bertanggungjawab itu.

“Tapi. Zah.. awak cuba lah pujuk dia.. Nanti mungkin dia akan setuju…” Dato’ Ismail enggan berputus asa.

“Jangan haraplah!!!” herdik Zizah lalu berlalu dari situ.

Zuzita termenung di jendela tingkap. Keratan surat khabar dipaut erat. Dia mendongak ke arah langit. Dia memandang kosong. Pemintaan ibunya tadi dipertimbangkan. Ayahnya ingin berjumpa dengannya? Zuzita mengeluh.

‘Macam mana ni? Nak or tak nak!!’ detik Zuzita sendirian.

‘Arghh!! Tidur je lah.. Esok nak gi interview kat syarikat top top pulak..’ bentak Zuzita.

“Saya memerlukan seorang setiausaha dan pembantu peribadi yang berkaliber. Tugas seorang setiausaha memang senang. Tapi, tugas setiausaha Asrul barulah susah. Adakah anda yakin bahawa anda dapat membantu saya dalam bisnes Syarikat Top Top. Selain itu, anda juga harus bersedia untuk bekerja lebih masa. Adakah anda mampu?” Tampaknya, itulah yang disoal oleh Asrul kepada setiap calon yang memohon untuk menjadi setiausahanya.

“Ya, tuan. Tuan, jangan risau. Saya akan bantu tuan sekiranya tuan memerlukan bantuan saya. I will try my best too!” Dengan yakinnya, Zuzita membidas soalan Asrul dan sekali gus menghapuskan segala keraguan yang terbit di lubuk hati Asrul. Sebentar tadi, semua calon telah menampakkan keraguan yang terbit dalam diri masing-masing.

“Baik.. I accept your request. Kamu boleh mula bekerja esok. Gaji awak sebulan ialah RM 4000. Ingat, awak memikul dua tugas iaitu sebagai seorang setiausaha dan pembantu peribadi.” Terang Asrul panjang lebar.

“Baik, tuan!!” ucap Zuzita lalu keluar dari bilik itu.

‘Apa-apa je lah. Asalkan boleh ringankan beban mak!’ detik hati Zuzita sambil berlalu dari situ dengan menggantung sebuah senyuman di bibirnya.

Faizul buntu. Antara Nabila dan Zulaikha, siapa yang dicintainya? Dia akui , dia memang playboy dan buaya darat. Mana tidaknya, mempermainkan perasaan dua orang gadis. Baginya, Nabila dan Zulaikha mempunyai kelebihan dan kekurangan diri sendiri.

Deringan telefon mematikan lamunan Faizul.

“Ika..” sahut Faizul.

“Zul, kita putus aje..” Riak wajah Faizul berubah.

“Apa?? Kenapa nak putus.. ika.. saya..”

“Jangan pujuk saya. Saya yang nampak awak sendiri bermesra ngan Nabila..” bentak Zulaikha. Talian telefon dimatikan.

Faizul terkedu.

Dia tersandar lesu, mengeluh hampa.

‘Biarlah.. aku ada Nab lagi..’ Faizul cuba memujuk dirinya yang serba ‘kehilangan’ itu.

Zulaikha terkejut. Habis seluruh rumah berselerak.

“Ibu!!!” laung Zulaikha. Tiba-tiba, dia mendengar suara tangisan. Dia berlari ke arah bilik ibunya. Ibunya sedang berteleku di atas lantai. Zulaikha hairan.

“Ibu.. nape ni??” soal Zulaikha.

“Ika……” tangisi Datin Nairul lalu memeluk erat Zulaikha. Zulaikha yang terkebil-kebil itu hanya akur.

“Itulah ceritanya.. Bapa awak tu memang jahat betul!!!” Tangisan Datin Nairul belum reda lagi. Zulaikha mengeluh hampa. Dia tidak menyangka bahawa ayahnya benar-benar menjalinkan hubungan istimewa dengan perempuan lain selain ibunya.

“Pas tu.. ada seorang anak lagi.. namanya Zuzita..” Zulaikha terpempan. Anak?

‘Oh Tuhan! Janganlah Kau permainkanku!!!’ Zulaikha menangis dalam hatinya.

“Ika.. Ika kena..kena lindungi mak.. Mak tak.. tak sanggup……” Zulaikha memeluk ibunya. Erat.

“Ayah.. kenapa ayah mesti buat ibu macam ni!!!!!” Suara Zulaikha meninggi.

“Ika.. sejak bila kurang ajar ni??” herdik Dato’ Ismail.

“Ayah.. saya bukan kurang ajar. Tapi ayah.. ayah curang!!!!” bentak Zulaikha kuat.

“Ya.. ayah curang. Tapi, ayah cintakan Zizah sebelum cintakan ibu awak!!” Dua beranak ini saling melawan.

“Apa?? Macam tu kenapa kahwin dengan bu!!” Zulaikha mencebik.

‘Dasar lelaki.. Memang FFL betul lah!!’ bentak Zulaikha di dalam hatinya.

“Muktamad!! Harta ayah pun kena bagi kat Zizah dan Zuzita!!” Dato’ Ismail nekad. Dia hanya mampu memberi itu sahaja. Dia tahu, hutangnya dengan Zizah dan Zuzita tidak dapat dilangsaikan selama-lamanya. Biarlah, mereka menikmati sedikit kesenangan.

Zulaikha berlalu dari situ sambil mencebik. Pintu dihempas kuat. Dato’ Ismail tersentak. Sejurus itu, dia menggeleng-gelengkan kepalanya sambil mengeluh.

“Zulaikha.. sejak bila kau nak jadi macam Zuzita??” rungut Dato’ Ismail.

Dia amat menyenangi Zuzita, anak keduanya. Walaupun Zuzita tidak pernah merasakan limpahan kasih sayang seorang ayah, anak itu tetap dididik dengan adab yang sopan. Senyuman mula menghiasi bibir Dato’ Ismail.

“Helo..” sapa Asrul.

“Asrul.. saya..” Kedengaran Zulaikha sedang menangis.

“Ika.. kenapa nih?” soal Asrul lembut.

“Saya dah putus ngan Faizul. Tapi… ayah..”

“Ika.. stop it. Jangan menangis!!” bentak Asrul. Serta-merta, tangisan Zulaikha berhenti. Dia tersentak.

‘Asrul membentak??’ detik Zulaikha sendirian.

“Ika.. maafkan saya.Kalau saya tak membentak, awak takkan berhenti menangis kan. Nanti tak pasal-pasal awak jadi budak tiga tahun pulak..” Asrul cuba berseloroh. Zulaikha tertawa kecil.

“Ayah awak apa hal?” Wajah Zulaikha bertukar menjadi muram.

“Ayah ada isteri kedua… Dan saya ada adik yang berlainan ibu..” Sayu sahaja suara Zulaikha. Asrul tersentak.

‘Dato’ Ismail ada isteri kedua?? Takkanlah kot…’ desis hati Asrul.