Wednesday, August 26, 2009

bab 12

Nabila, Taufiq, Samsul, Mahadi, Rizal, Luqman, Rabanni, Faiz, Johan dan Harris beratur di hadapan Faizul. Masing-masing berpakaian seragam lengkap. Kelihatan segak dan kemas.

“Baiklah. Hari ini merupakan hari pertama kalian menjalankan tugas. Kalian semua sekarang berkhidmat dalam Jabatan Siasatan Jenayah. Tugas kamu adalah membanteras segala kegiatan jenayah yang semakin berleluasa kini. Pada hari ini, saya telah menerima maklumat bahawa Kumpulan Sin Seng akan menyeludup dadah dari sempadan Thailand .Dadah akan menyelinap masuk ke negara kita melalui Sungai Golok. Penjenayah di Thailand akan membantu mereka. Saya mahu kalian semua mengintip pergerakan ahli-ahli Kumpulan Sin Seng. Namun, keselamatan kalian semua adalah paling penting. Sila berhati-hati ketika menjalankan tugas. Baiklah. Sekarang kalian boleh berehat dan bersiap-sedia untuk operasi malam nanti!” seru Faizul penuh tegas.

“Ya, tuan!” Sepuluh orang anggota polis menjawab serentak. Mereka menghentak kaki sebagai tanda penghormatan kepada Faizul.

Anggota-anggota polis yang lain telah pergi dari pejabat tersebut kecuali Nabila.

“Zul, saya.. saya… takutlah!” kata Nabila tergagap-gagap.

“Tak apa. Jangan takut. I will always be there to protect you!” ujar Faizul dengan nada yang romantis sekali.

Nabila tersenyum. Dia berasa bahagia berada di samping Faizul.

“Tapi kan.. Kumpulan Sin Seng tu macam mana?” tanya Nabila.

“Macam mana apa pulak? Sayang ni kan.. Entah cakap ape-ape”

“Alah.. Kumpulan Sin Seng tu ganas ke?” tanya Nabila.

“Memang lah.. Kalau tak ganas, kepala tu tak akan suruh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang tunjukkan muka punya..”

“Hah?? Apa tu kepala?” tanya Nabila kehairanan.

“Kepala tu maknanya head kita lah!” kata Faizul pula.

“Head?” Nabila bingung. Dia tidak faham apa yang dituturkan oleh Faizul.

“Isyhhh!! Sayang ni kan.. Head kita tu maknanya Ketua Polis Negara lah.. Macam ni faham tak??” tanya Faizul sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Oh.. Siapa beliau?” tanya Nabila.

Faizul terlopong. Dia tidak menyangka Nabila tidak tahu siapakah gerangan Ketua Polis Negara.

“Sayang ni demam ke?” tanya Faizul sambil meletakkan tangannya di atas dahi Nabila.

“Isyhhh!!! Tak de lar.. Saya ni memang bodoh lah kan… Awak menyesal sebab pilih saya ke?” tanya Nabila muram.

“Tak.. Sayang.. You are the only one in my life!” ujar Faizul bersungguh-sungguh.

“Ketua Polis Negara kita ialah Tan Sri Musa, sayang” kata Faizul.

Nabila mengangguk-anggukkan kepalanya.

“Zul, tentang Kumpulan Sin Seng tu…” Nabila tidak sempat menghabiskan kata-katanya.

“Kumpulan Sin Seng tu merupakan kumpulan yang paling ganas di dalam negara kita. Mereka tu berasal dari Selangor. Mereka selalu menyeludup dadah dari Thailand dan negara-negara utara lain. Mereka telah menjalankan kegiatan ini selama lima tahun. Tapi, tak pernah berjaya untuk tangkap mereka. Mereka tu lincah dan bijak. Jadi, Tan Sri Musa suruh perindumu ambil alih kes ini.” terang Faizul panjang lebar.

Nabila terlopong. Dia tidak menyangka bahawa Kumpulan Sin Seng berjaya meloloskan diri daripada tangan polis selama lima tahun.

“Sayang… sayang..” Faizul sedar Nabila terkejut dengan berita yang disampaikan.

“Zul, saya berjanji, saya akan menjalankan operasi pada malam ini dengan bersungguh-sungguh! Saya pasti akan memusnahkan Kumpulan Sin Seng ini!” ujar Nabila bersungguh-sungguh sambil menggenggam erat buku limanya.

“Ya.. sayang.. Jadi sekarang boleh pergi makan?” tanya Faizul.

“Ya… Hahahaha.. Jom!!!!” kata Nabila.

Keadaan di Sungai Golok sunyi sepi.

Faizul dan anak-anak buahnya bersembunyi di sebalik semak. Bunyi derap kaki kedengaran. Faizul berbisik melalui ear phonenya: “Target A dah sampai!”

Target A merupakan ahli kumpulan Sin Seng yang akan “menyambut kehadiran” dadah di pangkalan nanti. Kelihatan seorang lelaki Cina yang berambut emas menuju ke pangkalan. Lelaki tersebut menoleh ke kiri dan ke kanan sebelum meneruskan langkahnya. Faizul dan anak-anak buahnya tidak mengeluarkan suara mahupun deruan nafas. Target A tersebut terus menuju ke pangkalan.

Dari semak, Faizul ternampak sebuah kapal kecil menuju ke arah pangkalan. Faizul berbisik semula melalui ear phonenya: “Kumpulan B, target menuju ke arah kalian. Sila berhati-hati.”

Kumpulan B dianggotai oleh Nabila, Taufiq, Samsul, Mahadi dan Rizal. Faizul amat risau dengan keselamatan Nabila. Dia tidak boleh kehilangan Nabila. Tidak terkecuali juga, anggota polis Kumpulan B.

Penjenayah Thailand yang menaiki kapal menyerahkan beberapa bungkus dadah kepada ahli kumpulan Sin Seng. Ahli kumpulan Sin Seng menyerahkan wang Thailand kepadanya.

“Action now!” bisik Faizul melalui ear phonenya.

Anggota polis Kumpulan B menyerbu keluar dari tempat persembunyian mereka. Penjenayah Thailand dan ahli kumpulan Sin Seng terkejut.

“Angkat tangan anda! Jangan bergerak!” teriak Faizul.

Ada apa-apa?” tanya salah seorang ahli kumpulan Sin Seng.

“Kamu disyaki menyeludup dadah!” ujar Faizul tegas.

“Dadah? Kami tidak pernah menyeludup dadah!” kata lelaki Cina itu.

“Nabila, Taufiq, selongkar bungkusan-bungkusan itu!” ujar Faizul.

Nabila dan Taufiq segera mengikut arahan Faizul. Namun, mereka berasa terkejut ketika bahan-bahan bungkusan tersebut bukan dadah! Bahan-bahan tersebut adalah pil-pil tidur.

“Tuan, jadi sekarang bolehkah kami pergi?” tanya lelaki Cina itu sinis.

Faizul mengangguk-anggukkan kepalanya. Selepas ahli kumpulan Sin Seng dan penjenayah Thailand itu pergi, Faizul juga menyuruh anak-anak buahnya untuk mengundur diri dari tempat tersebut.

No comments:

Post a Comment