Wednesday, August 26, 2009

bab 13

Faizul menghempaskan briefcasenya di atas meja. Dia mengeluh hampa.

‘Argh!!!! Kenapa?? Siapa pembelot??!!!’ Faizul merungut sendirian.

Dia amat pasti bahawa maklumat yang diterima oleh pengintip di kumpulan Sin Seng amat tepat. Mengapa perkara sedemikian boleh berlaku? Jawapannya ialah terdapat pembelot di kalangan polis yang berkhidmat di Jabatan Siasatan Jenayah. Interkom di pejabat Faizul berbunyi.

“Halo,” jawab Faizul malas.

“Tuan, Tuan Amirul nak jumpa tuan!” kata Suzi. Suzi ialah setiausaha Faizul.

Faizul tersentak. Kini, bebannya bertambah berat. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Malaysia hendak berjumpa dengannya.

“Baiklah. Nanti saya akan pergi!” tegas Faizul.

“Tuan, tidak perlu. Tuan Amirul sudah berada di luar!” kata Suzi. Faizul tersentak lagi. Dia tidak menyangka bahawa ketuanya sanggup datang ke pejabatnya semata-mata kerana kes ini.

“Jemput Tuan Amirul masuk!” kata Faizul.

“Ya, tuan!” kata Suzi.

Pintu pejabat Faizul dikuak. Tuan Amirul berjalan masuk.

“Tuan!” kata Faizul.

“Faizul, tak apa. Saya tahu bukan salah awak. Tapi, dalam pasukan kita nie ada pembelot!” ujar Tuan Amirul tegas.

Faizul tersentak. Siapakah gerangan pembelot yang dinyatakan oleh Tuan Amirul tadi?

“Ghazali!” ujar Tuan Amirul perlahan namun bait-bait katanya dapat ditangkap jelas oleh Faizul. Faizul terkejut. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak mempercayai ungkapan kata Tuan Amirul sebentar tadi.

“Tuan, is there any misunderstanding or…?”

“No! Memang Tuan Ghazali pembelot kita. Saya boleh make sure 100%” ujar Tuan Amirul dengan tegas.

Faizul membantut hasratnya untuk mengungkapkan kata tatkala telefonnya berbunyi menandakan ada mesej yang diterima. Mesej tersebut berbunyi:

“Hati-hati, tuan! Ghazali pembelot!”

Mesej berbunyi sedemikian dihantar oleh pengintip Faizul di kumpulan Sin Seng. Faizul tersentak. Benarkah Ghazali menjadi pembelot? Seingat dia, dia amat jelas bahawa Ghazali bukan seorang yang tamak. Kalau tak pun….? Faizul membeliakkan matanya tanda teringat sesuatu.

“Halo!! Faizul, are you here?” Tuan Amirul bertanya.

“Sorry, sir!” Faizul meminta maaf.

“It’s ok. Jadi, sekarang kena berhati-hati sebab Ghazali tu dia jelas tentang selok-belok undang-undang. Jadi, kumpulan Sin Seng akan bertindak dengan lebih licik.” Tuan Amirul mengingatkan Faizul.

“Baik, tuan!” Faizul tegas.

“Baiklah. Saya pergi dulu. Saya menanti berita baik daripada awak, Faizul!” Tuan Amirul menaruh harapan yang tinggi pada Faizul.

“Ya, tuan!”

Selepas Tuan Amirul berlalu dari bilik pejabat Faizul, Faizul terduduk. Dia mengeluh hampa. Ghazali merupakan teman karibnya. Namun, dia tekad. Dia tidak boleh kalah dalam ‘peperangan’ ini. Dia tekad. Dia harus ‘memutarkan’ Ghazali ke arah jalan yang terang dan beriman!

“Hahahahahahaha!!!!” Ketua kumpulan Sin Seng ketawa senang.

Ahli-ahli kumpulan Sin Seng yang lain turut tersenyum. Masing-masing berasa “syok” kerana misi mereka tercapai hari ini.

“Bagus! Bagus! Panggil Ghazali datang!” kata ketua itu.

Ghazali dipanggil.

“Tuan!” Riak muka Ghazali serius saja.

“Bagus. Maklumat lu tepat! Hebat!” ujar ketua itu lalu menepuk tangannya. Dia mengisyaratkan salah satu konco-konconya untuk mengambil sebuah briefcase untuknya.

Ketua itu membuka briefcase tersebut. Wang yang berwarna ungu tersusun kemas. Jantung Ghazali berdegup dengan kencang. ‘Macam mana nie? Nak terima ke?’

“Ghazali, lu patut terima semua ni. Jangan paiseh-paiseh!” Paiseh merupakan salah satu bahasa Dialek orang Cina. Perkataan tersebut bermaksud malu.

“Tuan, saya berkhidmat di sini bukan semata-mata untuk wang, tapi…”

“Cukup! Just say one word. Yes or no?” Ketua tersebut tegas.

Ghazali tersentak. Dengan perlahan-lahan, Ghazali mengangguk-anggukkan kepalanya.

“Bagus!” Ketua itu menyerahkan briefcase tersebut kepada Ghazali.

“Lu boleh blah sekarang!”

Ghazali akur pada arahan ketuanya.

**********************************************************

Suasana di Restoran Hyatt sunyi sepi. Tiada sebarang butir bicara keluar dari mulut pasangan ini.

“Zul…. Nape diam?” tanya Nabila.

Faizul sekadar tersenyum hambar sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Isyhh!! Tak sporting lar..” rajuk Nabila.

Makanan dihidangkan. Faizul makan dengan penuh selera. Namun, suapannya terhenti tatkala terlihat Nabila langsung tidak menjentik makanan yang dipesannya tadi.

“Nape tak makan?” tanya Faizul.

Nabila tidak menghiraukan pertanyaan Faizul tadi. ‘Biar dia rasa! Tadi orang tanya, tak nak jawab, jadi saya tak nak jawab pertanyaan dia!’ gumam hati Nabila.

“Merajuk ke? Sayang……”

“Isyhh.. Awak ni kan.. Gelilah hati saya nie!” bentak Nabila.

“Lah.. Sayang, janganlah marah. Nanti perindumu tu resah-gelisah..” Faizul cuba mengusik.

Nabila menyembunyikan senyumannya. Dia tetap mempamerkan riak muka yang serius.

“Alah.. okey.. saya bagitau..” Akhirnya, Faizul mengalah.

Muka Nabila berubah menjadi ceria. Faizul menjadi hairan. ‘Isyhh… si minah ni kan susah diduga!’ gumam hati Faizul.

“Bagitau lah!” Nabila membentak.

Faizul tersenyum. Dia pun membuka kisah Ghazali. Nabila terlopong. Dia tidak menyangka bahawa Ghazali merupakan pembelot dalam pasukan mereka.

“Takkan kut?” tanya Nabila kehairanan.

“Ya lah.. Mula-mula saya tak percaya, tapi kena percaya juga,” kata Faizul.

“Nape?”

“Sebab … Sebab Tuan Amirul pun kata berita tu benar. Tuan Amirul tu jarang tuduh orang tau,” Faizul tidak memberitahu tentang pengintipnya yang berada di Kumpulan Sin Seng kepada Nabila. Bukannya dia tidak mempercayai Nabila, namun dia haruslah setia pada kariernya.

Nabila mengangguk-anggukkan kepalanya.

“Sayang….”

“Hmmm…” Nabila mendongakkan kepalanya.

“Kumpulan Sin Seng tu berbahaya. Saya takut….”

“Zul takut saya ditimpa bahaya ke?” tanya Nabila.

Faizul mengangguk-angguk perlahan.

“Zul, janganlah risau. Saya bukannya budak tiga tahun pun… Saya ni berani tau!” ujar Nabila bersungguh-sungguh.

“Ya lah tu! Tapi…” Faizul ragu-ragu.

“Jangan tapi-tapi lagi. Jangan risau, okey?”

Faizul terpaksa akur.

No comments:

Post a Comment